01

990 54 53
                                    

...

  Meja ditendang kasar, siapa lagi kalau bukan si panas baran, anak kedua daripada keluarga Jung. Yonghwa geleng kepala melihat perilaku adiknya itu. Bapa mereka hanya tenang sambil bersilang kaki, sudah biasa dengan perangai cepat melenting anak keduanya itu.

  "Undang-undang bodoh apa ni?! Nak jadi ketua pun kena kahwin ke?!" sergah Wooyoung, tak peduli dengan hakikat bahawa dua lelaki di hadapannya ini merupakan bapa dan abangnya.

  "Kalau kau tak kahwin dan dapat zuriat, siapa nak sambung keturunan kita?!" tuan Jung membalas kasar.

  Wooyoung diam sekejap. Ada betul juga apa yang orang tua ini katakan. Kalau dia tak kahwin dan tak punya zuriat, nanti siapa yang nak sambut darah keluarga Jung? Tambahan pula keturunan mereka tak patut hilang begitu saja.

  "Kalau kau tak setuju, aku suruh abang kau ambil alih. Abang kau pun dah berkahwin." selamba tuan Jung menambah.

  Wooyoung menjeling hebat kepada abangnya. Dia tahu Yonghwa tak berniat langsung nak campur tangan dengan urusan ini. Yonghwa sendiri mengharapkan supaya Wooyoung yang menjadi ketua kepada keluarga ini, dia tak gemar nak masuk dalam dunia gelap keluarga mereka.

  "Aku bagi masa dua minggu untuk kau cari isteri, Wooyoung. Kalau kau tak dapat, aku suruh Yonghwa yang gantikan aku sebagai ketua."

  "Fine! Aku akan bawa balik isteri aku dalam masa dua minggu. Tapi aku ada syarat."

  "Apa syarat kau?" soal tuan Jung.

  "Right after aku kahwin, aku nak terus dilantik sebagai ketua keluarga Jung. Macam mana, pa? Kau setuju?" Wooyoung bersilang tangan.

  "Tak ada masalah bagi aku, lebih cepat lebih bagus. Aku pun dah tua dan nak bersara, sudah masa kau ambil alih semua ini."

  Wooyoung senyum sinis dengan jawapan bapanya. 

  "Aku mengharapkan kau, Wooyoung. Kau pun banyak pengaruh, aku harap kau dapat penuhi kata-kata kau secepat mungkin. Aku yakin keluarga kita akan aman dalam jagaan kau."

  "Kau jangan risau, pa. Aku pun tak sanggup nak tengok mamat nerd macam abang ni, ambil alih keluarga Jung." Wooyoung sempat perli Yonghwa.

  Yonghwa bertugas sebagai doktor pakar di sebuah hospital, memang dia tak ada niat pun nak masuk campur dalam sisi gelap ini. Dia nak jadi doktor, bukan ketua mafia. Tapi Wooyoung berbeza dengannya, Wooyoung memang terlatih sejak kecil.

  Dia pun kadang-kadang takut dengan adiknya sendiri, kekuatan dan kecekapan Wooyoung tak mampu dia tandingi walaupun dia merupakan seorang abang kepada Wooyoung. Tambahan pula ketegasan Wooyoung memang selayaknya memimpin.

 "Aku balik dulu, pa. Risau Seohyun dekat rumah seorang diri." pinta Yonghwa, malas nak bertekak dengan Wooyoung.

  Tuan Jung hanya angguk, Wooyoung kenyitkan mata. 

  "Kirim salam dekat kakak ipar." 

  Yonghwa hanya beredar, jujur dia memang selalu saja menjadi bahan buli Wooyoung. Mulut Wooyoung memang minta maki kadang-kadang, tapi apa sangat yang dia mampu buat? Nak bertumbuk, dia yang patah tulang nanti. Tuan Jung pun jelas melebihkan Wooyoung.

  "Woo, aku dengar keluarga Kim dah ada ketua baru. Anak sulong keluarga mereka yang ambil alih tugas. Sebab itu aku nak kau kahwin cepat." tuan Jung bersuara lagi.

  "Kim Hongjoong tak guna tu?" Wooyoung soal, jelas sombong nada suaranya.

  "Siapa lagi kalau bukan dia. Kau kan benci sangat dengan dia tu."

FORCED TO BE YOURSWhere stories live. Discover now