Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Hana baru nak melangkah ke tingkat atas, namun dia terdengar perbualan yang rancak di ruang tamu. Dia sejujurnya sudah biasa dengan suasana begitu. San dan Mingi sering saja ke mari dan buat rumah agam ini seperti rumah mereka sendiri.
Tetapi kali ini macam rancak sangat. Apa yang dibualkan tu? Hana jenguk juga, rasa curiga membunuh niatnya untuk memanjat anak tangga tadi. Tapi rasa menyesal terus menyelinap apabila mata Wooyoung menangkap figura nya.
Ah sudah. Kau lah gatal sangat mengintai!
"Hey sayang. Sini." Wooyoung senyum menyapa Hana.
"Ta..tak apa. S..saya nak naik.."
"I said here." mata Wooyoung dikecilkan, membuatkan Hana segera melangkah masuk ke ruang tamu.
Hana baru saja nak ambil tempat duduk di atas sofa, namun Wooyoung tarik pergelangan tangannya kasar, membuatkan dia jatuh terduduk di atas riba lelaki itu. Pinggang Hana dipeluk Wooyoung, dagunya diletakkan di atas bahu Hana.
"Alah menyampah pula aku tengok pengantin baru ni." usik Mingi.
"Kau cemburu ke? Mari lah duduk atas riba aku." San kenyitkan mata.
"Terima kasih je lah. Ajak je makcik karpet kau tu."
"Jual mahal. Tsk."
"Sayang, kita nak bincang pasal party untuk umumkan yang kita dah berkahwin, minggu depan. Jadi, kau bagitahu aku, majlis macam mana yang kau nak?" Wooyoung bersuara.
"Betul tu. Kau kebas je duit Wooyoung, 7 keturunan takkan habis. Buat majlis yang besar besaran." cadang Mingi.
Wooyoung senyum saja. Kalau tak untuk Hana, ke mana lagi dia nak habiskan duit dia? Hana isterinya yang sah, jangan katakan majlis besar-besaran, istana pun dia akan sediakan jika itu yang diingini si permaisuri hati.
"So tell me, sayang."
San dan Mingi masing-masing pandang Hana, menunggu jawapan dari gadis itu. Hana telan air liur, dia dikelilingi tiga jejaka tampan yang punya aura berbeza. Wooyoung kelihatan sangat romantis hari ini, San masih tenang dan Mingi kelihatan ceria saja.
"Tak kisahlah. Bukan penting pun. Saya nak naik.." Hana cuba bangun daripada riba Wooyoung, namun pinggangnya dipeluk kuat.
"S..sakit.."
"Apa yang susah sangat? Nak majlis macam mana, cakap je lah!" Wooyoung tinggi suara, San gulingkan mata.
"Wooyoung, tak elok tengking isteri macam tu." Mingi mencelah.
"Dia ni tak pernah nak dengar cakap aku! Kalau dengar pun sekali dua je. Asyik-asyik nak melawan, nak membantah."
"Kau paksa dia kahwin, jadi bagilah dia masa untuk sesuaikan diri. Kau pukul dia, tengking dia, kawal dia macam ni, makinlah dia takut dengan kau."