Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Yeosang tolong Yunho mengangkat barang-barang yang dibawa ke dalam bonet kereta. Dua manusia itu ada urusan di bandar selama seminggu. Katanya nak uruskan hal tanah-tanah terbiar untuk dibeli oleh Yunho dan Yeosang.
Sebagai rakan partner yang tak akan dapat dipisahkan, pastilah Yeosang akan ikut Yunho ke mana saja. Yunho gosok rambut Hana dengan tangannya.
"Jaga adik aku elok-elok, Mingi. Dia ni mengandung." pesan Yunho.
Ya, Hana mengandung. Terkejut juga Mingi dibuatnya. Apabila diceritakan, ternyata hari Hana dipukul teruk itu, di waktu itu jugalah dia dan Wooyoung melakukan hubungan suami isteri. Tak pelik pun kalau Hana mengandung, dia dah berkahwin.
Kalau Mingi mengandung, itu pelik.
"Ya, aku akan jaga Hana sebagaimana aku menjaga pokok cili yang kita tanam sama-sama." balas Mingi.
"Bukan mati ke cili-cili tu sebab kau simbah racun?" Yeosang garu kepala mengingat peristiwa di mana Mingi tersalah sembur racun kepada pokok-pokok cili mereka.
Kepala Yeosang diketuk Mingi, mengaduh sakit lelaki itu dibuatnya. "Aku tak sengaja!"
Yunho geleng kepala. Dua orang ini kalau tidak bergaduh, tak sah agaknya. Roh Tom and Jerry dah masuk ke dalam badan si budak berdua ini, pening Yunho dibuatnya. Cubalah contohi dia dan Hana yang berkasih sayang ini.
"Dah, abang dengan Yeosang pergilah. Nanti lewat sampai." Hana pegang tangan abangnya dengan senyum.
"Baiklah. Sang, jom kita pergi."
"Jom. Hana, jaga anak angkat aku tu baik-baik. Kalau nak makan apa-apa, sms je aku. Nanti aku belikan!" tambah Yeosang.
"Kalau macam tu kau belikan lah coconut shake untuk aku." sampuk Mingi.
"Bukan kau, bahenol. Aku cakap Hana!" Yeosang jeling Mingi.
"Tsk, berkira. Elok-elok di jalanan tu!" pesan Mingi.
"Baiklah manusia jalanan!" balas Yeosang, membolos masuk ke dalam kereta bersama Yunho.
Kereta itu baru saja nak bergerak, muncul kanak-kanak kecil bersama basikal tiga roda. Nasib baik Yeosang sempat brek. Yunho urut dada, syukur rasanya. Chan turun dari basikalnya, melangkah ke arah Yunho.
Yunho turunkan tingkap kereta, menunggu pesanan daripada Chan.
"Ada apa ni, Chan?" soal Yunho.
"Nak pergi mana ni?" soal kanak-kanak itu.
"Nak pergi bandar, ada urusan."
"Urusan apa?"
"Ada lah, kau budak. Mana kau tahu!" sampuk Yeosang.
"Yang Chan banyak tanya sangat ni kenapa?" Hana pula mencelah.