27

488 40 14
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

...

  Rumah agam Hongjoong

Suasana tak seceria dulu, masing-masing sibuk mempersiapkan diri, berlatih kemahiran masing-masing. Ada yang berlatih berlawan sesama sendiri, ada yang berlatih dalam skill penggunaan senjata. 

  Wooyoung sibuk berlatih menembak, tiada satu pun pelurunya tersasar. Yonghwa hanya memerhati daripada jauh. Dia bangga melihat adiknya yang sangat jaguh dalam menembak itu. Tampak seperti seorang lelaki sejati dan lelaki idaman betul. Dia sengaja ke mari untuk melawat.

  Sudah 6 hari Hana dibawa pergi, entah bagaimana khabar isterinya itu, Wooyoung tak tahu. Dia cuma mahu mempersiapkan dirinya sekuat yang mungkin supaya Jaehyun tak guna itu mampu dia tumpaskan. 

  Usai berlatih, Wooyoung duduk berehat sebentar. Tiba-tiba saja dirinya didekati Hongjoong. Wooyoung lap peluhnya menggunakan tuala kecil yang berada berhampiran, Hongjoong duduk di sebelahnya. Dia berikan botol air mineral sejuk kepada Wooyoung.

  Wooyoung ambil dengan anggukan sebagai ucapan terima kasih. Dia memang tak banyak cakap setelah Hana menghilang dari pandangannya.

  "Aku rasa, kita mungkin perlukan backup." ucap Hongjoong tanpa bermadah.

  "Backup aku cuma kau, Hongjoong. Tak ada yang lain. Ramai yang tak mahu cari pasal dengan Jaehyun. Siapa je yang nak? Dia tu, semua peraturan dia langgar." 

  "Aku ada kenal seorang kawan, nama dia Choi Hyunsuk. Kau pernah dengar pasal Treasure?"

  "Oh.. pernah. Aku dengar mereka pun ada pengaruh yang kuat dekat Jepun. Tapi apa yang membuatkan kau yakin dia nak tolong kita?"

  "Sebab aku kawan lama dia! Lagipun aku ada contact dia beberapa hari lepas, katanya dia pun setuju nak membantu. Jadi, kau setuju?"

  Wooyoung berfikir sejenak. Lagi ramai, lagi bagus. Wooyoung angguk akhirnya. Asalkan keselamatan Hana terjamin, apa cara pun dia sanggup lakukan sekarang ini.

  "Baguslah." Hongjoong senyum lega. "Wooyoung..kau jangan risau. Kita akan selamatkan Hana."

  Seolah-olah tahu apa yang tersimpan di hati Wooyoung, lembut saja Hongjoong memujuk. Wooyoung angguk, senyum terukir di bibirnya. Hongjoong tahu senyuman itu sekadar palsu, tapi apa lagi yang mampu dia harapkan?

  Kalau dia ditempat Wooyoung, mungkin dia juga sudah lama bertindak gila.

 ...

  Hana disumbat makan. Tangannya ini langsung tak dileraikan. Dia diperlakukan kasar, tapi mujur kandungannya tak diusik sama sekali. Dia tak tahu dah berapa hari dia ada di sini, tapi dia sudah tak tahan hidup dalam bilik gelap ini bersendirian.

  Jaehyun ada juga datang, itu pun untuk menyakitkan hatinya sahaja. Kata Jaehyun, lagi sehari Hana akan bebas. Bebas? Mungkin bebas hidup atau bebas mati, tiada siapa yang tahu. Hana menyandarkan badannya pada belakang dinding, dia teringatkan memorinya bersama Wooyoung.

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang