05

624 53 64
                                        

  Hana melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, nafas berat dilepaskan

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  Hana melangkah masuk ke dalam rumah agam itu, nafas berat dilepaskan. Rumah sebesar ini tak ubah seperti penjara baginya. Wooyoung berdiri di belakangnya, memerhatikan gerak geri gadis ini. San angkat bagasi-bagasi Hana, diletakkan di hadapan pintu.

  Hana berpaling, terkejut dia melihat Wooyoung yang betul-betul berdiri di hadapannya. Dia tunduk, mengatur langkah ke arah bagasi-bagasi yang diangkat tadi. Dia heret semuanya sendiri, malas nak susahkan orang lain.

  "Siapa izinkan kau angkat?" suara Wooyoung menerpa.

  "Takkan lah nak angkat beg ni pun nak kena minta izin awak?" Hana sedikit menyampah sampai dia tak sedar nada suara dia sedikit meninggi.

  "Hey!" Wooyoung cengkam kasar dagu Hana. "Nak bernafas pun kau kena minta izin aku." Wooyoung merenung tajam wajah Hana.

  "Awak ni dah gila ke? Bukan saya guna oksigen awak pun.."

  "Luka dekat badan tu dah baik ke belum? Nak aku tambah?"

  Hana diam tak bersuara. Lelaki itu tersenyum sinis, dilepaskan dagu Hana. Bagasi-bagasi Hana semua dia angkat, dibawa ke tingkat atas sementara Hana masih beku di situ. Apa malang hidupnya ini?

  "NAIKLAH! KE NAK AKU ANGKAT KAU SEKALI?!" terhinjut bahu Hana mendengar laungan suaminya.

  Belum sempat pun dia mengatur langkah, tangannya ditarik seseorang. Hana sedikit terkejut melihat tubuh Mingi yang entah bila muncul di belakangnya. Dia pandang wajah Mingi, tinggi sungguh lelaki ini.

  Mingi hulurkan sesuatu kepadanya. Dia pandang first aid yang dihulurkan Mingi, membuatkan hatinya sedikit tersentuh dengan kebaikan lelaki ini. Dia sangka Mingi sama kejam saja dengan San, ternyata dia salah.

  "Gunalah. Nanti takut luka tu melarat kalau tak dirawat." ucap Mingi dengan muka tak berperasaan.

  "Terima kasih.."

  "JUNG HANA! KAU TERCEGAT APA LAGI HAH DEKAT BAWAH TU? KALAU AKU HERET KAU NANTI, SAKIT YANG KAU DAPAT!"

  Terhinjut lagi bahu Hana. Mingi lepaskan tangan Hana, kotak itu diambil Hana dan segera dia memanjat anak tangga. Kalau lambat nanti risau badannya dijadikan bahan pukul. Melangkah saja dia ke dalam bilik, dia tengok Wooyoung yang berbaring di atas katil, tak berbaju.

  "Apa yang lambat sangat?" Wooyoung soal, jelas tak suka.

  "S..saya ambil ni." Hana tayang kotak first aid yang diberi Mingi tadi.

  Wooyoung angguk, dia kini fokus kepada telefon bimbit di tangannya. Hana letakkan kotak tadi di bawah, dia melangkah ke arah almari. Pintu almari itu ditolak, mencari tempat untuk dia menyusun barang-barangnya.

  Mahu atau tidak, dia harus terima takdir. Dia sudah menjadi isteri kepada lelaki ini. Dia susun baju-bajunya di dalam almari tanpa mempedulikan Wooyoung sedikit pun. Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang menyentuhnya.

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang