Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hana diheret masuk ke dalam sebuah rumah agam, entah milik siapa. Perkarangan rumah ini memang megah dipandang, pasti pemiliknya kaya. Siapa lagi si tuan rumah ini kalau bukan Jung Wooyoung.
"Sakitlah!!" marah Hana apabila belakang lehernya dicengkam kasar oleh lelaki itu.
"Mulut kau ni memang aku nak kena ajar.. tapi tak apa. Kita ada banyak masa lagi." Wooyoung senyum sinis, ditolaknya Hana masuk ke dalam sebuah bilik.
Hana pandang sekeliling, baju pengantin terletak cantik di atas katil. Wooyoung kunci pintu, menyandar pada pintu sambil matanya tertumpu kepada gadis di hadapannya ini. Cantik orangnya, patutlah Hongjoong sayang.
"Pakai." arah Wooyoung.
Hana kerut kening. Dia pandang Wooyoung dengan pandangan aneh. Dah kenapa dia nak kena pakai baju pengantin ni?
"Sampai kiamat pun aku tak nak pakailah!" jerkah Hana.
Wooyoung ketawa galak. Dia angguk sambil tangannya disilangkan, masih menyandar pada pintu. Berani sungguh perempuan ini meninggikan suara kepadanya. Memang mencari nahas.
"Kau tak nak?" Wooyoung soal, masih sabar.
"Kalau kau nak sangat, kaulah pakai. Dasar bodoh." lawan Hana.
Wooyoung ketawa lagi. Sepantas kilat dia sambar kedua-dua tangan Hana, ditolaknya gadis itu ke atas katil. Mahu terbeliak biji mata Hana dibuatnya. Wooyoung tanggal tali lehernya dengan sebelah tangan, sebelah tangan lagi mencengkam kuat kedua-dua tangan Hana.
"Lepaslah!!"
Usai tali leher ditanggalkan, kedua-dua tangan gadis itu diikat kemas. Hana tendang perut Wooyoung, menyebabkan lelaki itu jatuh di sebelahnya. Laju dia lari keluar dengan tangan yang masih berikat, namun langkahnya terhenti melihat satu figura.
"Anak kucing terlepas lagi.." San senyum sinis, pistol diacukan ke arah Hana.
Hana telan air liur, mengundur ke belakang sehingga tubuhnya berlaga dengan Wooyoung. Wooyoung tarik rambut Hana kasar, membuatkan gadis itu terjerit.
"Thanks brother!" Wooyoung kenyit mata kepada San.
"She needs a good training."
"Soon." Wooyoung heret Hana ke dalam bilik, tolak tubuh Hana ke lantai.
"Kau pakai baju tu sebelum aku paksa kau!" arah Wooyoung lagi, meninggi suara sehingga terhinjut bahu Hana dibuatnya.
"Kau nak apa hah?!"
"Kau ni memang degil.."
Wooyoung cengkam leher Hana, hampir tak bernafas gadis itu dibuatnya. Melihatkan wajah Hana yang tercungap-cungap menahan nafas, dia senyum sinis. Tubuh Hana kemudiannya dilepaskan, tak mahu bakal isteri dia ni mati pula.