23

578 48 65
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

...

    Esok paginya, Hana buka mata. Dia rasakan ada tangan melingkar di pinggangnya. Tangan Wooyoung rupanya. Dia perlahan-lahan angkat kepala, terbeliak biji matanya.

  "Aku tidur atas dada dia?" Hana cuba menjauh daripada Wooyoung. 

  "Shh.. jangan gerak." ucap Wooyoung, semakin erat pelukan di pinggang Hana.

  "Aku nak tolong unnie lah.. apa pula kata dia, menumpang rumah orang tapi tak tolong buatkan sarapan." 

  "Hidup ni boleh tak jangan peduli cakap orang?" nada suara Wooyoung tegas.

  Hana mengalah akhirnya, dia menyandarkan kepalanya di atas dada Wooyoung semula. Wooyoung senyum, lega Hana mendengar cakapnya. Hana pula merasakan ketenangan apabila dia dekat dengan Wooyoung.

  "Demam kau dah elok?"

  "Dah rasa okay sikit dah. Ada isteri temankan." 

  Mahu merah padam muka Hana. Mujur Wooyoung tak nampak.

  "Isteri untuk beberapa bulan saja lagi.." kata-kata Wooyoung membuatkan hati Hana retak. 

  Dia bingkas bangun daripada dada Wooyoung, memandang lelaki itu dengan pandangan geram. Wooyoung pandang Hana dengan reaksi kosong. Dia ada salah cakap ke?

  "Aku nak tolong unnie." Hana bingkas bangun daripada katil.

  "Hana kejap." pergelangan tangan Hana ditarik lembut oleh Wooyoung. "Aku ada salah cakap ke?"

  "Kau rasa?" Hana rentap tangannya kembali,

  "Tak apa yang aku salah sekarang?" Wooyoung turun dari katil, dipegangnya kedua-dua bahu Hana. "Cuba cakap."

  "Apa maksud kau isteri untuk beberapa bulan je lagi?"

  Wooyoung ketawa. "Kau lupa ke lepas kau melahirkan Woooyung junior ni nanti, aku akan bebaskan kau. Bolehlah kau.."

  "Jangan nak merepek boleh tak?!" 

  Wooyoung terkedu mendengar jerkahan Hana. Mata gadis itu berkaca, makin tak keruan Wooyoung dibuatnya. Kenapa manja sangat ni? Aduhaii..

  "Hana, kau lupa ke sebelum kau lari daripada aku dulu, kau cakap kau nak bercerai sebab kau dah tak sanggup nak hidup dengan aku? Lagipun aku kan panas baran, kaki pukul. Kau takkan bahagia dengan aku, Hana. Mengakulah, ada masa kau takut dengan aku kan? Lagipun kau tak cintakan aku.."

  Air mata Hana gugur akhirnya.

  "Hey hey.." Wooyoung tarik Hana ke dalam pelukannya. "Dahlah, jangan nangis lagi. Tak lama pun lagi, kau akan bebas daripada neraka ciptaan Jung Wooyoung. Aku harap kau bahagia dengan orang yang kau cinta lepas ni. Pasal anak kita, jangan risau. Aku takkan abaikan tanggungjawab aku. Aku harap kau jumpa cinta yang.."

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang