17

538 50 31
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

...

  Chan masih setia di hadapan rumah Yunho. Dia duduk di pangkin, setiap hari dia akan ke sini menunggu Yunho dan Yeosang. Akhirnya senyuman muncul di wajahnya apabila dia nampak kereta milik Yeosang.

  Serta-merta Chan turun dari pangkin, berlari memeluk kaki Yeosang yang baru saja keluar daripada kereta. Yeosang tunduk, diangkatnya kanak-kanak itu tanpa sebarang masalah. Chan peluk Yeosang, wajahnya dibenamkan ke leher Yeosang.

   "Eh rindu abang ya?" Yeosang ketawa melihat reaksi Yeosang, sementara Yunho nampak tak keruan.

  "Kak Hana mana, Chan? Abang Mingi?" soal Yunho.

  Senyuman Yeosang hilang apabila Chan menangis teresak-esak. Chan masih ingat peristiwa di malam itu. Yunho pegang tangan Chan, kanak-kanak itu memandangnya dengan mata berair dan hingus meleleh.

  "Eh kenapa ni? Cakap dengan abang Yuyu." 

  "K..kakak Hana..d..dengan abang Mingi kena bawa lari dengan orang jahat!" adu budak kecil itu.

  Rasa macam nak luruh jantung Yunho dibuatnya, mata Yeosang membulat. Penumbuk digenggam.

  "Diaorang pergi mana?!" soal Yeosang pula, sedikit panik.

  "Sekejap.." Chan keluarkan kertas daripada poket seluarnya, diserahkan kepada Yunho.

  Kertas itu dibuka, ada alamat yang tertulis di situ. Yunho dan Yeosang saling berpandangan, kebetulan pula Yongbok lalu bersama basikal tuanya. Dia nampak Chan di dalam dukungan Yeosang.

  "Chan, atuk ingat kamu hilang lagi. Dekat sini kamu rupanya. Haa, Yunho dan Yeosang dah balik. Dah lama aku tak nampak Hana dan Mingi, Chan kata diaorang ke bandar. Honeymoon ke?" soal Yongbok.

  Yunho pandang Chan, pandai betul kanak-kanak ini berahsia. Yeosang lap air mata dan hingus Yeosang dengan tangannya sendiri, Yunho pandang Yongbok dengan senyuman.

  "Ha ah, uncle. Ini kami pun nak ke bandar semula."

  "Chan nak ikut!" 

  "Eh Chan, bahaya."

  "Nak ikut juga, nak juga!" dada Yeosang dipukul-pukul dengan tangan kecilnya. "Nak juga, nak juga!"

  "Aduh, aduh.. sakitlah, Chan." aduh Yeosang.

  Yunho mengeluh. "Uncle, kami nak bawa Chan sekali. Lama agaknya kami di sana, mungkin sebulan. Uncle bagi tak?"

  "Kamu nak bawa si budak nakal ni? Lagi bagus. Setahun pun tak apa." balas Yongbok.

  Yunho dan Yeosang saling berpandangan. Selamat kah kalau bawa Chan bersama?

...

  Hana duduk di atas lantai, terketar-ketar. Dia menyaksikan semua kekasaran yang telah dilakukan kepada Mingi sehingga Mingi hilang kesedaran, pengsan. Penuh luka dan darah di atas badan lelaki itu.

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang