Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Wooyoung termenung di beranda rumah, memegang gambar perkahwinan dia dan Hana. Dia pejam mata, membiarkan angin memeluk tubuhnya. Dia dapat merasakan Hana memeluknya, senyuman terukir di bibir.
"Sayang.."
Dia buka mata, kecewa. Tiada Hana di sisi. Puas sudah dia mencari, masih tak bertemu juga. Kata San, orang-orang mereka gagal untuk mengintip Hongjoong. Mereka tak dapat mendekati Hongjoong, Jongho mahupun Seonghwa untuk mencari informasi.
"Wooyoung.."
Wooyoung berpaling ke arah suara tersebut. San berdiri dengan mengenakan jaket kulit berwarna hitam. Nampak macam ada misi penting yang nak diberitahu.
"Ayah kau nak jumpa malam ni."
"Baik, nanti kita pergi."
...
Hana leka memotong sayur, fikirannya melayang entah ke mana. Sihatkah suaminya? Risaukah? Makan atau tidak? Ah! Semuanya bercelaru. Kenapa dia perlu fikirkan orang yang sudah menyakitinya?
Dia lupa akan semua lebam-lebam dan luka-luka yang pernah lelaki itu hadiahkan? Apa dia lupa?! Dia sendiri tak tahu sama ada ini cinta atau sekadar rasa tanggungjawab kerana dia masih bergelar isteri kepada lelaki itu.
"Aduh!" Hana jatuhkan pisau apabila dia terhiris jarinya sendiri, meninggalkan luka di jari.
"Eh Hana!" ada satu tangan memegang tangannya, dilap darah tadi dengan lengan baju.
Hana mendongak memandang manusia tersebut. Yeosang. Yeosang tampak risau, darah Hana dilap dengan lengan bajunya. Hana terkedu, tak tahu apa yang nak dia katakan. Sejak peristiwa katak itu, Yeosang sering saja ke mari.
Makin rapat juga mereka berdua. Mingi sentiasa memerhati, bimbang ada rasa cinta terbit diantara mereka berdua itu. Dia tak nak Hana dituduh curang, kalau Wooyoung tahu, Yeosang pun boleh mati dibunuh.
"Apa tak hati-hati ni? Sekejap aku cari ubat." Yeosang beredar, kembali dengan alatan yang dia perlukan.
Luka Hana dirawat dengan penuh hati-hati. Yunho yang baru saja menjejak dapur itu turut terkedu melihat Hana dan Yeosang. Dia ke kedai membeli barang-barang dapur tadi.
"Kenapa ni?" soal Yunho.
"Adik kau lah cuai." balas Yeosang, dia pandang wajah Hana.
Dia terkedu apabila mata dia dan Hana bersatu. Dia telan air liur, laju melarikan pandangan.
"Dah siap."
"Terima kasih."
Yeosang angguk sahaja, berlalu pergi. Yunho mendekati Hana, meletakkan barang-barang dapur yang dia beli di atas meja.
"Hana, jaga hati suami." pesan Yunho, tenang dan lembut.
"Baik, abang. Hana ingat." Hana senyum kekok, kembali melakukan tugasannya tadi.