Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Sayang! Dah siap ke?"
Hana turun dari tangga bersama gaun putih yang terletak elok di tubuhnya. Wooyoung senyum melihat figura isterinya yang cukup menawan hati. Bertuah rasanya apabila mempunyai isteri secantik ini, walaupun rampas awek orang.
"You're so beautiful, come kiss me." Wooyoung tayang pipinya.
Hana pandang wajah sang suami. Suara lelaki itu tenang namun terselit nada tegas yang mampu membuatkan hatinya bergetar.
"Apa dia?" soal Hana.
"Kau jangan sesekali izinkan mana-mana lelaki dekat dan sentuh kau. Aku tak tahu apa aku akan buat kalau benda tu terjadi. Kau milik aku." rambut panjang Hana dibelai manja.
"Awak, saya milik awak dan akan sentiasa jadi milik awak, janganlah risau."
"Better be. Or else i will force you to be mine. Come, kita dah lewat."
Wooyoung senyum semula, dibawa Hana keluar dari rumah. Entah kenapa kata-kata Wooyoung tadi memberikan aura yang tidak senang pada Hana. Lelaki ini seperti terlalu obses dan possessive dengannya.
"Hana! Cantiknya kau!" Mingi sapa ceria apabila figura Hana dan Wooyoung muncul sambil berpegangan tangan.
"Isteri aku, of course lah." Wooyoung senyum bangga.
"Walaupun aku tak berapa nak ngam dengan kau, tapi aku akui kau memang cantik." San mencelah dengan wajah menyampah, entah kenapa dia tak sebulu betul dengan Hana.
Mungkin Hana tak jual karpet agaknya.
"So marilah kita pergi!" Mingi buka pintu buat pasangan sejoli itu.
"It's gonna be fun!"
...
Jongho pandang sekeliling. Meriah betul majlis ini, Seonghwa dan Hongjoong turut meliar mata, memerhatikan segenap sudut. Hongjoong mestilah tercari-cari kelibat Hana. Air jus oren diteguk Seonghwa sementara menunggu ketibaan pasangan itu.
"Mengumumkan ketibaan pasangan yang diraikan, Jung Wooyoung dan Jung Hana."
Seonghwa letak gelasnya di atas meja, memerhatikan Hana yang melangkah masuk bersama Wooyoung dengan senyuman. Dia pandang wajah Hongjoong, Hongjoong tampak berang. Mungkinkah kerana senyuman Hana yang ikhlas? Atau cemburu kerana gadis yang dicintai menjadi milik musuh sendiri?
"She is so beautiful." Jongho tepuk tangan, bangga melihat Hana.
Wooyoung kelihatan betul-betul gembira, melambai sahabat-sahabatnya yang turut hadir bagi meraikan majlis tersebut. Hana juga tampak malu-malu, seperti pasangan yang benar-benar saling mencintai.