09

402 41 16
                                    

  Yeosang memandang sekeliling sambil memandu, tercari-cari alamat yang tertulis di sebalik gambar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

  Yeosang memandang sekeliling sambil memandu, tercari-cari alamat yang tertulis di sebalik gambar. Gambar adik perempuan Yunho. Hari lahir Yunho dah nak dekat, dia harap dia dapat bawa pulang adik perempuan sahabatnya itu.

  "Hmm.. rasanya ini alamatnya." Yeosang berhentikan keretanya di hadapan rumah yang tampak kosong dan terbiar.

  Dia keluar daripada kereta, puas juga dia bunyikan loceng. Namun tiada sahutan mahupun jawapan. Rumah itu gelap sahaja, daun-daun gugur di perkarangan rumah. Macam tak bertuan pun ada.

  "Encik cari Hana ke?" soal seseorang.

  Yeosang berpaling laju, memandang seorang wanita pertengahan usia yang berdiri di belakangnya. Dia senyum.

  "Ya, saya kawan abang dia. Dia ada?"

  "Dia dah lama tak balik rumah, tak tahu ke mana pergi. Haritu ada datang, nampak macam nak pindah je. Dia datang dengan tiga orang lelaki."

  "Ohh macam tu ke.. akak tahu dia ke mana?" 

  "Tak tahu la pula akak."

  "Hmm tak apalah, terima kasih ya."

  "Sama-sama."

  Yeosang mengeluh sebelum membolos masuk ke dalam kereta. Dia pandang gambar Hana.

  "Mana lah nak cari kau ni, Hana?"

  ...

  Mingi menerjah masuk ke dalam rumah. Sunyi, sepi. Kereta Wooyoung tiada di rumah, namun menurut pekerja-pekerja Wooyoung yang berkawal di luar, Hana ada di dalam rumah. Wooyoung saja yang keluar.

  "Hana! Hana mana kau?!" jerit Mingi, risau sebenarnya.

  "M..Mingi tolong.." 

  Mingi berlari ke arah suara tersebut. Dia nampak tubuh Hana yang mengesot, nak mendaki tangga. Hancur hatinya melihat tubuh lemah gadis itu yang dipenuhi lebam dan luka-luka. Dah tak serupa orang!

  "Hana!!" Mingi angkat tubuh Hana, ala-ala bridal style. "Wooyoung melampau kali ni.."

  "Mingi.. jangan.. turunkan aku.. n..nanti kalau dia nampak, dia marah." ucap Hana, matanya separuh terbuka.

  "Mana dia?! Mana jantan tak guna tu?!" Mingi panas hati.

  Walaupun Wooyoung merupakan bos dan juga sahabatnya, tapi takkan dia izinkan lelaki itu bertindak bodoh sebegini apatah lagi kepada seorang perempuan.

  "Hana kau kena pergi hospital ni.. teruk sangat ni.."

  "A..aku tak nak.. a..aku nak l..lari je. Tolong jangan bagit..tahu s..sesiapa. A..aku nak lari. Aku t..tak tahan dah, Mingi.. s..sakit." rintih Hana.

FORCED TO BE YOURSWhere stories live. Discover now