Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Sebelah tangan Wooyoung mengendalikan steering wheel, sebelah lagi memegang erat tangan Hana. Hana senyum melihat suaminya, alahai tampan betul. Namun apabila dia pandang sekeliling, baru dia sedar ini bukan jalan pulang.
"Awak, ini bukan jalan balik rumah kita."
"Kita nak pergi rumah Joong sekejap, dia cakap ada yang nak dibincangkan. Sayang tak kisah kan?" soal Wooyoung, sempat dicium tangan isterinya.
"Ah..okay."
Beberapa minit perjalanan, mereka akhirnya tiba di hadapan rumah agam Hongjoong. Pintu terbuka luas menyambut kedatangan pasangan suami isteri itu. Wooyoung dan Hana keluar daripada kereta, tangan mereka berpaut erat.
Hongjoong, Seonghwa dan Jongho berdiri di hadapan rumah, Hongjoong memasukkan kedua-dua tangannya ke dalam poket. Dia pandang Hana, silih berganti dengan Wooyoung. Wooyoung dongak kepalanya sedikit, begitu belagak ya kawan-kawan.
Mereka semua melangkah masuk, dibawa ke ruang tamu. Setelah masing-masing mengambil tempat duduk, pembantu rumah menghidangkan air dan biskut kering tanpa membazir masa sesaat pun.
Hana senyum memandang Seonghwa dan Jongho. Seonghwa kenyitkan mata, Jongho sekadar memberi senyuman. Hongjoong dan Wooyoung fokus dengan satu sama lain.
"Jaehyun ada datang sini tempoh hari. Dia ajak aku bergabung untuk jatuhkan kau." ucap Hongjoong tanpa bermadah sikit pun.
Wooyoung tak terkejut. Dia tahu benar Jaehyun akan mencari Hongjoong untuk menjatuhkan Wooyoung, tambahan pula Hongjoong punyai sebab yang kukuh untuk berbuat demikian. Well, Wooyoung dah rampas bekas kekasihnya, pasti ada dendam kan? Walaupun sebenarnya Jaehyun buat palatao.
"Aku faham kalau kau setu.."
"Aku tak setuju. Aku nak bergabung dengan kau. Kita lawan dia." ucap Hongjoong, matanya sempat menggerling Hana.
Hana eratkan pegangan tangannya dengan Wooyoung, dia risau. Risau kalau-kalau akan ada pergaduhan, semua berisiko untuk cedera. Terutamanya Wooyoung dan Hongjoong, tak mahu dia menyaksikan semua itu.
Wooyoung sedar Hana risau. Dia kucup dahi Hana, mengharapkan ciuman itu mampu membuatkan isterinya tenang. Hongjoong berdehem, membuatkan Wooyoung kembali memandangnya.
"Baik, kita akan sama-sama hapuskan dia. Kau dan kawan-kawan kau boleh datang rumah aku kalau ada apa-apa."