28

946 49 53
                                        

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

...

  Hana terdiam di bangku tempat menunggu. Yunho sedang dirawat di dalam bilik kecemasan. Mujur hospital ini milik Yonghwa, mereka tak perlu menerangkan banyak perkara. Yonghwa sudah pun bersedia dengan segala kemungkinan.

  Yonghwa sendiri yang merawat Yunho, ekspresi risau jelas terpancar di wajah Yonghwa. Tetapi dia masih tak tahu tentang Wooyoung, adiknya. San, Yeosang dan Hana saja yang ada di hospital, yang lain sudah pulang. 

  Yonghwa keluar dengan wajah lega. Semua mata teralih memandangnya. Dia senyum memandang Hana, namun Hana tidak menunjukkan sebarang reaksi. 

  "Abang Hana selamat. Dia stabil." ucap Yonghwa.

  Hana angguk, kembali tunduk memandang lantai. Yonghwa pandang San, sejujurnya dari tadi dia tercari-cari kelibat adiknya. Cuma dia tergesa-gesa untuk menyelamatkan Yunho, jadi dia ketepikan soalan itu.

  "Wooyoung mana, San?"

 San tarik nafas dalam. Soalan yang paling dia tak nak dengar di ketika ini. Mata Hana automatik berkaca, akhirnya air mata itu tumpah. Laju Hana lap sendiri. Yonghwa pandang Hana, reaksi adik iparnya tak bagus.

  "San?!" nada suara Yonghwa sedikit meninggi, membuatkan San makin sebak.

  "W..Wooyoung terkorban. Bangunan tu..meletop dan dia tak sempat keluar sebab dia cedera teruk." terketar-ketar nada suara Yeosang menjawab.

  Hati Yonghwa bagaikan hancur berderai. Dia hilang keseimbangan, hampir saja jatuh namun laju Yeosang menahan badannya. Yonghwa pandang San dengan air mata yang mengalir laju, mata San mulai berkaca.

  "T..tak.. mustahil. T..tak betul kan S..San?" soal Yonghwa, matanya dipejamkan rapat, tangannya cengkam lengan baju Yeosang.

  Hana perlahan-lahan bangun daripada bangku tersebut, keluar daripada hospital. Dia melangkah entah ke mana sehinggalah dia terjumpa bangku di bawah pepohon rendang. Dia duduk di atas bangku tersebut, menangis semahunya.

  Abangnya Yunho di hospital, suaminya tiada, dia juga sedang sarat mengandung. Dugaan apakah ini? 

  "Awak dah janji.." ucap Hana, teresak-esak dia menangis.

  Selalunya di saat perit begini, Wooyoung pasti ada memujuknya, mengatakan bahawa semuanya akan baik-baik sahaja. Tapi tidak kali ini, suaminya tiada. 

  "Awak dah janji, Wooyoung.. kenapa awak langgar janji? Anak kita belum lahir, kenapa awak tinggalkan saya?" terhinjut-hinjut bahu Hana, menangis sendirian di sini.

  Namun dia rasakan ada tangan yang menyentuh bahunya. Dia berpaling, San berdiri di situ dengan senyuman sayu. Hana bangun dari bangku, dia ditarik ke dalam pelukan San. San usap lembut belakang badan Hana.

  "Shhh.. walaupun Wooyoung tak ada, aku janji aku akan jaga kau dan baby kau. Aku janji, Hana."

  San senyum sambil membelai rambut panjang Hana. Dia yakin suatu hari nanti, sahabatnya akan kembali juga.

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang