20

541 43 43
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

...

  Wooyoung duduk di sudut bilik, air matanya menitis perlahan. Pintu bilik dikunci, dibiarkan dirinya berkurung di dalam kegelapan. Tangisan yang hanya dapat didengari olehnya semakin menjadi-jadi, tambahan pula apabila tiada siapa di sisinya.

  ...

  Wooyoung perlahan-lahan membuka matanya setelah sedar dari pengsan. Dia terasa tangannya dipegang seseorang. Tuan Jung, tertidur sambil memegang tangannya. Seluruh tubuhnya terasa sakit dan lemah.

  "Papa.." Wooyoung bersuara.

  Perlahan-lahan lelaki separuh usia itu bangun dari tidurnya, lega melihat anak kecil itu sudah membuka mata semula. Tuhan saja yang tahu betapa marahnya dia apabila melihat isterinya bercumbu dengan orang kepercayaan.

  Tambah sakit apabila dia mendapat tahu Wooyoung diseksa tanpa belas dan dikurung di dalam bilik. Kanak-kanak kecil itu tak patut diperlakukan begitu. Walaupun di mata masyarakat, dia hanyalah manusia yang kejam dan zalim, tetapi kasih sayangnya sebagai seorang ayah tak pernah kurang terutamanya terhadap Wooyoung.

  "Woo, kau okay?" 

  "Okay, pa.. aku lapar."

  "Aku suruh orang belikan makanan. Woo, lepas ni aku akan pastikan tak ada sesiapa berani sentuh kau lagi. Aku janji. Kau anak aku, takkan ada sesiapa boleh jatuhkan anak aku selagi aku hidup, Woo. Aku janji."

...

  Entah berapa lama dia kurung dirinya sendiri, dia juga tak tahu. Puas San dan Mingi cuba memujuk dia keluar, tak berjaya. Wooyoung berbaring di lantai, pandangannya kosong memandang entah ke mana. Air matanya menitis lagi.

  Dia teringat semula kata-kata yang dilemparkan kepadanya. 

  Gagal sebagai ketua.

  Gagal sebagai suami.

  Gagal sebagai sahabat.

  Itukah dia? Kegagalan, itukah dirinya?

  Dia tahu Jaehyun mengancam keselamatan keluarganya, cuma dia tak sangka Jaehyun bertindak pantas begini. Mungkin Jaehyun masih tak berpuas hati kerana Wooyoung mengganggu perniagaannya beberapa bulan lalu setelah dia keluar daripada keluarga Jung.

  Bukannya Wooyoung mengganggu untuk kepuasannya, dia cuma menuntut ganti rugi yang telah dia alami, semua kerana kegilaan Jaehyun juga. Tambahan pula, dia tak sangka bapanya yang menjadi sasaran. Dia sangkakan sasaran Jaehyun adalah Hana.

  Hana. Nama itu muncul di kotak fikirannya. Rasa rindu bersarang di hati.

  "Wooyoung.." pintu diketuk, kali ini lembut.

FORCED TO BE YOURSWhere stories live. Discover now