11

430 45 23
                                        

  Pintu bilik terbuka perlahan, Mingi masuk dengan wajah serabut

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  Pintu bilik terbuka perlahan, Mingi masuk dengan wajah serabut. Hana kerut dahi melihat Mingi yang dah macam orang tak jumpa jalan balik rumah. Eh, memang tak jumpa pun, dan tak boleh balik rumah.

  "Apa kau buat dalam bilik aku ni, Mingi?" soal Hana, pelik juga melihat Mingi di sini malam-malam hari.

  "Abang kau suruh kita tidur bersama. Kita kan suami isteri." Mingi buat muka menyampah apabila dia sebut perkataan suami isteri itu.

  Mata Hana membulat. "Apa?! Kalau Wooyoung tahu, kau kena panggang depan khalayak ramai ni." Hana geleng kepala membayangkan Mingi menjadi manusia panggang.

  "Kau ni.. aku tidur kat atas sofa ni je lah. Aku masih waras lah! Bak sini bantal satu." pinta Mingi.

  Hana mengeluh, dia perlahan-lahan bangun dari katil. Mingi tanpa disuruh, laju membantu Hana berjalan ke arah almari. Almari dibuka, ditarik keluar comforter dan juga bantal untuk Mingi. 

  Mujur bilik ini ada sofa, kalau tidak di lantailah Song Mingi jawabnya. Mingi ambil bantal dan comforter dari Hana, dicampaknya ke atas sofa. Dia bantu Hana jalan ke arah katil semula. Usai gadis itu duduk, barulah dia ke sofa.

  "Mingi.." panggil Hana, memandang Mingi yang dah mengatur tempat tidurnya.

  "Hmm.."

  "Aku minta maaf. Sebab aku, kau tak boleh balik rumah kau. Mesti tak selesa hidup dekat kampung, kau kan duduk rumah mewah.. kereta mewah.."

  "Ish!" Mingi bercekak pinggang memandang Hana. "Kau jangan nak merapu malam-malam buta ni. Tidurlah."

  "Aku cuma serba salah, Mingi. Kau kena tinggalkan kehidupan kau.. untuk aku."

  "Hana.." Mingi duduk di atas sofa memeluk bantalnya. "Aku dulu pernah kena dera. Ayah Wooyoung yang selamatkan aku. Sebab itu aku tak nak tengok kau lalui benda sama. Aku akui aku terhutang nyawa dan budi dengan keluarga Jung, sebab itu aku sangat setia dengan Wooyoung. Tapi Wooyoung melampau kali ni."

  Sayu hati Hana mendengarnya, tapi Mingi tampak tenang sahaja.

  "Kami semua ada kisah, Hana. Mungkin kau nampak kami jahat dan tak berhati perut, tapi dulu kami juga pernah diperlakukan macam tu. Lambat laun kau akan tahu semua kisah kami, terutamanya kisah suami kau sendiri." 

  Suami. Ya, dia langsung tak tahu latar belakang suaminya, yang dia tahu Wooyoung adalah ketua mafia. 

  "Menjaga kau di sini, langsung tak menyusahkan aku. Aku suka duduk dekat sini, walaupun selalu diperbodohkan dengan Yeosang tu." Mingi muncung bibir, teringat peristiwa Yeosang dan dia di kebun.

  "Aku takut, Mingi. Kalau Wooyoung jumpa kita, dia bunuh kita.."

  "Tak.. dia takkan bunuh kita. Mungkin dia akan.. seksa kita. Tapi aku takkan izinkan dia sentuh kau lagi, biar aku tanggung semua."

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang