Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Hana diam tak bersuara, terbaring di atas katil bersama Wooyoung di sebelahnya. Masing-masing tak berbaju. Air matanya dari tadi tak berhenti mengalir. Seluruh tubuhnya sakit, nak bangun pun seksa baginya.
Fikirannya melayang memikirkan Hongjoong. Jikalau dia dan lelaki itu tidak bertengkar, pasti Wooyoung tak akan menceroboh masuk ke dalam rumahnya. Kenapa dia begitu bodoh dan cuai?
Wooyoung masih nyenyak tidur, tangannya tiba-tiba merangkul pinggang Hana, membuatkan gadis itu terkejut. Dia tarik Hana dekat dengannya, kepala Hana disandarkan pada dadanya. Situasi ini sepatutnya menjadi romantik, tapi bagi Hana ini merupakan mimpi ngeri.
"Kau menangis lagi, aku tampar muka kau." ugut Wooyoung, mata masih terpejam.
Hana cepat-cepat cuba menghentikan tangisannya. Wooyoung buka mata, senyum sinis melihat kelakuan Hana yang jelas takut dengannya. Dia kucup dahi gadis itu, dibelainya pipi Hana. Hana terketar-ketar dengan sentuhannya.
"Hari ini kita keluar pergi rumah kau. Ambil semua barang-barang kau. Faham?"
Hana diam, tak angguk tak juga geleng.
"Aku tanya.."
"Faham."
"Pandai."
Wooyoung lepaskan pinggang Hana, melangkah turun dari katil. Dia capai tuala, dibelitkan di pinggangnya, menutupi separuh daripada badannya. Telefon bimbitnya berbunyi, membuatkan dia menoleh ke arah katil.
"Sayang, bagi phone tu." arah Wooyoung.
Hana turut saja, telefon bimbit Wooyoung diambilnya dan diberikan kepada lelaki itu. Wooyoung pandang Hana dengan pandangan kosong, membuatkan gadis itu cepat-cepat sorokkan muka.
"Pergi mandi. Jangan kunci pintu."
Hana turut lagi, sementara Wooyoung menjawab panggilan. Matanya mengekori figura tubuh Hana yang dah menghilang ke dalam bilik mandi.
"Hello, San."
"Wey aku dah buat apa yang kau suruh tu, boss."
"Aku dah cakap jangan panggil aku boss. Haa apa yang kau dah buat?"
"Aku dah cari dah pakcik aiskrim untuk kenduri kau tu."
"Eh? Siapa suruh kau cari pakcik aiskrim? Aku suruh kau cari wedding planner, gila!"
"Aik? Mingi yang cakap.. SONG MINGI!! Ke mari kau!! Malaikat maut datang nak menjemput kau ni!!! TAK GUNA! Nanti aku call kau balik, bye."
Hana pandang tubuhnya melalui pantulan cermin. Lebam, luka, semua ada. Dia takut nak membiarkan badannya terkena air, pasti pedih nanti. Dia tunduk, matanya kabur dek kerana takungan air mata.
"K..kenapa aku.." dia mengadu, tapi entah kepada siapa. "Sakit.."
Pintu bilik mandi terbuka luas, membuatkan Hana cepat-cepat menyeka air mata. Wooyoung menyandar pada muka pintu, senyum sinis memandangnya.