Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Hana tidur di atas lengan Wooyoung setelah semua lukanya diubati lelaki itu. Wooyoung belai lembut rambut Hana, membiarkan gadis itu lena. Sayangkah dia kepada Hana? Sejujurnya ya, dia sayang dan sudah jatuh cinta dengan gadis itu.
Tetapi dia ragu dengan Hana, dia tahu Hana setia di sisinya atas dasar terpaksa dan takut. Dia juga takut, takut kehilangan Hana dan dia mungkin gila sekiranya perkara itu terjadi.
Dia tak tahu bagaimana nak berlembut dengan seorang perempuan, dia tak pernah dilayan dengan lembut oleh sesiapa pun sebelum ini. Ibu kandungnya sendiri pernah menyeksa dia sejak kecil, bagaimana dia ingin tahu apa itu kelembutan?
Telefon bimbitnya yang berdering membuatkan Hana terjaga. Hana sedar dia tidur di atas lengan Wooyoung. Hana angkat kepalanya daripada lengan Wooyoung, tidur semula di atas bantal, belakang badannya menghadap Wooyoung.
"Hello." Wooyoung jawab panggilan dengan nada suara dingin.
"Kad jemputan dah siap, nak aku edarkan sekarang?"
"Humm. Jangan lupa edarkan kepada tetamu terhormat kita tu."
"Baik."
Panggilan dimatikan. Wooyoung pandang tubuh Hana yang membelakanginya. Dia tahu Hana tak tidur, mungkin gadis itu sengaja nak lari daripadanya.
"Sayang, baring atas lengan aku semula."
Perlahan-lahan Hana menghadap Wooyoung semula, dia menatap wajah tampan lelaki itu. Dia letakkan kepalanya diatas lengan lelaki itu semula, matanya dipejamkan. Wooyoung senyum, senang dengan kehadiran Hana di dalam hidupnya.
"Aku nak tanya, kau tak ada keluarga ke?" soal Wooyoung, dia perasan Hana langsung tak ada sebut pasal keluarga.
"Mak ayah saya dah lama tak ada. Saya ada abang, dekat kampung. Tapi dah 10 tahun kami tak contact lepas dia ambil keputusan untuk tinggalkan saya. Dia nak jaga nenek dekat kampung, sekarang nenek pun dah tak ada." terang Hana, tenang.
"Aku nak abang kau datang majlis kita minggu depan. Aku hantarkan orang untuk jemput dia dari kampung."
"Tak perlulah.." Hana menolak pelawaan Wooyoung.
"Eh? Dia kan abang kau. Takkan kau tak nak dia tahu yang kau dah berkahwin? Atau kau malu sebab kau dipaksa kahwin dengan aku?"
"Saya dah boleh terima yang saya ni isteri awak. Cuma saya tak sedia nak jumpa dia."
"Kalau itu yang kau nak, aku turutkan. Asalkan kau bahagia."