Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Chan menguap, dia gosok-gosok matanya sambil melangkah masuk ke perkarangan dapur. Kelihatan Wooyoung sedang sibuk memasak sendiri di dapur. Kanak-kanak itu berusaha sedaya upaya untuk memanjat kerusi.
"Abang! Boleh tak tolong angkat Chan?" akhirnya dia meminta tolong, sedar dirinya tak mampu nak memanjat kerusi yang tinggi itu.
Wooyoung berpaling ke belakang, senyum dia melihat Chan yang berdiri di sebelah kerusi. Kerusi di rumah ini memang tinggi-tinggi belaka. Atau ketinggian Chan yang terbantut? Eh maaf!
"Boleh, Chan." Wooyoung angkat tubuh Chan dan diletakkan di atas kerusi. "Awal Chan bangun hari ni?" soal Wooyoung, dia kembali memotong sayur di dapur.
"Bangun awal salah, lambat salah." bebel Chan, bertongkat dagu. "Abang San tu dah janji nak ajar Chan swimming hari ni."
"Hmm patutlah."
Chan terpandangkan jambakan cadburry di atas meja, diselitkan bersama mawar-mawar merah. Baru saja dia nak curi satu, Wooyoung terlebih dahulu bersuara.
"Aipp, itu untuk kak Hana, sayang. Kalau Chan nak, pergi ambil dari dalam peti sana."
"Iyalah."
Wooyoung terdiam sekejap, berpaling memandang Chan. Chan meletakkan kepalanya di atas meja, masih mengantuk sebenarnya.
"Chan, boleh tolong abang tak?"
Kanak-kanak itu angkat kepala semula memandang Wooyoung.
"Boleh."
"Hantarkan ni dekat kak Hana. Kejutkan dia bangun tidur. Boleh?"
Jambakan bunga dan coklat itu diberikan kepada Chan. Chan melompat turun dariapda kerusi, menerima pemberian Wooyoung tadi. Dia berlari ke bilik Wooyoung dan Hana. Pintu dibuka perlahan, dia nampak Hana masih tidur di atas katil.
Chan letakkan bunga dan coklat itu di atas katil. Dia goyang-goyangkan tangan Hana, Hana menggeliat. Dia pandang Chan, dahinya berkerut.
"Bangunlah, kak." gerak Chan.
"Chan? Apa Chan buat dekat sini? Abang Woo mana?"
"Chan datang nak bagi pesanan. Ambil ni."
Hana terima jambakan coklat dan bunga tadi, ada kad yang terselit. Chan turun dari katil, berlari keluar daripada bilik. Dia tak sabar-sabar nak ambil coklat dalam peti seperti yang dikatakan Wooyoung tadi.
Hana buka kad tersebut, dibaca dengan mata yang masih mengantuk.
Kepada isteri tercinta..
Selamat pagi! Ini hadiah daripada abang. Abang nak cakap yang abang sayang sangat dekat Hana. Abang janji abang takkan sia-siakan peluang kedua ni. Abang akan sayang Hana dan anak kita lebih daripada nyawa abang sendiri. Dah habis baca kan? Pergi dapur, sayang. Breakfast dah ready.