Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Hana buka pintu perlahan-lahan. Lega dia tengok Mingi dah sedarkan diri dan luka-luka lelaki itu pun sudah dirawat. Cuma dia tak lega apabila dia nampak San menjeling tajam ke arahnya.
"Apa kau buat dekat sini?!" sergah San.
"Hana.. San, jangan marah dia." pujuk Mingi.
"Semua nak sebelahkan perempuan ni. Sebelum dia datang, kita bahagia je bertiga! Tak pernah bergaduh macam ni, tapi disebabkan betina ni semua jadi huru-hara. Eh perempuan, boleh tak kau jadi je isteri yang baik? Kau tak tahu lah apa yang Wooyoung dah lalui, kau jangan fikir kau je terseksa! Dia jauh lagi terseksa daripada kau lah!"
Mingi tarik tangan San, ingin memujuk marah lelaki itu tapi tidak ada gunanya. San memang geram benar dengan Hana.
"Kau fikir kau je ke menderita?! Kau fikir kau je terseksa?! Kau tak tahu apa-apa pun pasal suami kau sendiri!"
"Diam, San!" Hana balas akhirnya. "Aku tahu semua pasal suami aku, pasal kisah dia masa dia kecil semua aku dah tahu! Kau yang tak tahu apa-apa pasal kau jadi boleh tak kau tutup mulut kau?!" sergah Hana, Mingi terkedu.
San turut terdiam, tak sangka Hana akan membalas. Turun naik nafas Hana dibuatnya, menahan marah.
"Aku datang sini nak jenguk kawan aku, jadi boleh tak kau diam?! Mingi kawan aku, kau ingat aku suka ke tengok dia macam ni?!"
"Hana, sudahlah.." pujuk Mingi pula.
"Sudah apa lagi? Daripada first aku masuk rumah ni, kawan kau ni asyik nak cari pasal dengan aku. Macam aku ni buruk sangat je di mata dia. Apa aku buat semua tak kena. Sentiasa nak judge aku macam dia tahu semua benda!"
Baru saja San nak buka mulut, mereka dikejutkan dengan bunyi jerkahan di ruang tamu. Mata Hana dan Mingi bertemu, masing-masing terkedu mendengar suara itu.
...
Wooyoung turun kerana mendengar loceng rumah dibunyikan. Terbuka saja pintu, wajahnya ditumbuk berkali-kali. Dia baru nak melawan tetapi terhenti tindakannya apabila dia melihat lelaki yang menghadiahkan penumbuk itu.
"Yunho?"
Hongjoong, Yeosang dan Jongho turut ada di situ, hanya memerhati. Yunho betul-betul hilang akal, tak henti-henti menyerang Wooyoung. Wooyoung tak duduk diam, sudahnya mereka berdua bergaduh hebat sehingga dua-dua jatuh ke lantai.
Yunho genggam kolar baju Wooyoung yang berbaring di lantai, dia duduk di atas perut lelaki itu. Dihadiahkan lagi penumbuk di wajah tampan Wooyoung.
"Adik aku mana?!"
"Apa kau merepek, sial?!" tubuh Yunho ditolak kasar, kini Wooyoung pula yang duduk di atas Yunho, ditumbuk muka Yunho berkali-kali. "Kau hilang entah ke mana, sekarang kau datang cari adik kau?! Gila ke?!"