Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Perlahan-lahan Hana buka mata, merasakan ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Dia toleh ke sisi, ternyata Wooyoung ada di sebelahnya. Pandangannya beralih ke cermin kereta, mereka telah tiba di hadapan sebuah rumah agam yang dianggap neraka baginya.
Baru saja Hana nak membolos keluar daripada kereta, tangan yang melingkar di pinggangnya itu menarik dia kembali, kuat dan kasar. Kepala Hana tersembam ke atas dada bidang lelaki itu. Wooyoung senyum sinis.
"Nak lari mana?" ucapnya tegas bersama bibir yang mengukir senyum puas.
"Lepaslah!" Hana cuba meleraikan tangan yang memegang kasar pinggangnya itu, namun sia-sia sahaja.
"Bagus kau dah bangun. Sejam aku tunggu kau dalam kereta ni. Nak kejut, tak sampai hati pula. Sayangkan isteri la katakan."
"Pergi mati lah dengan sayang awak!"
"Mulut tu semakin biadab. Banyak benda yang aku nak kena ajar kau semula ni. Dah lupa peraturan ya?"
Hana pandang tajam wajah Wooyoung. "Nak pukul saya lagi ke? Silakan, biar anak ni mati!"
Wooyoung ketawa galak mendengar ugutan Hana, sementara Hana masih serius dan betul-betul tekad dengan keputusannya. Dia yakin Wooyoung tak akan membahayakan nyawa bayi ini.
"Siapa kata aku nak pukul kau, sayang?" tangan lelaki itu naik membelai bibir Hana. "Aku tak pukul lah. Disebabkan Mingi beria sangat nak lindungi kau, kononnya..." Wooyoung buat muka menyampah. "Jadi aku pukullah dia."
Membulat mata Hana dibuatnya. Mingi! Membayangkan Mingi menjerit kesakitan saja dia tak mahu, inikan pula melihat lelaki itu disakiti. Mingi banyak berjasa kepada dia selama dua bulan ini, bahkan tanpa Mingi, dia mungkin dah merempat di jalanan.
"A..awak tak.. tak buat kan?" Hana jadi gugup.
"Oh? Takut? Mana pergi sifat berani tadi? Bukan main nak melawan cakap aku, lupa ke syurga dekat mana?"
"Awak, tolong.. saya merayu sangat. Jangan buat apa-apa dekat Mingi, dia jaga saya. Tolong.."
"Lagi, lagi.. beg more. Merayu sepuas-puasnya, aku nak dengar sayang." dia lepaskan tangan yang melingkar di pinggang Hana, wajahnya didekatkan kepada wajah gadis itu.
Hana tahu lelaki ini sengaja mengejek dia. Hana tunduk memandang ribanya, terbit rasa serba salah di hati. Kalaulah dia tak libatkan orang lain..
"Tolong.. jangan buat apa-apa dekat dia. S..saya merayu.." gugur juga air mata Hana.
"Tak cukup tersentuh la. Cuba merayu lagi. Lagi sayu, lagi perit lagi." sekali lagi Hana diperlekehkan. "More, baby girl. I know you can do better."
Tangan Wooyoung ditarik Hana, dicium sambil matanya tertutup rapat. Air matanya gugur. Dia yakin Wooyoung akan lembut dengan sentuhan daripadanya. Wooyoung pandang Hana tanpa sebarang reaksi.