Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Happy Birthday, Bang Chan!
...
Hana tak mampu bertenang melihat keadaan Wooyoung yang sedang dirawat Yonghwa. Wooyoung pula senyum, genggam tangan Hana yang sarat mengandung. Yunho gosok-gosok belakang badan Hana.
Menerima panggilan daripada Yeosang mengenai Wooyoung, mereka semua bergegas pulang, Hongjoong, Seonghwa dan Jongho pun ada sekali. Mereka turut sama risau dengan keadaan Wooyoung walaupun Wooyoung puas mengatakan dia okay sahaja.
Usai lukanya dijahit dan dirawat, Wooyoung mengeluh lega. Seksa betul dia nak tahan sakit dan jeritan supaya Hana tak risau. Yonghwa geleng kepala melihat Wooyoung, selamba bahu adiknya ditumbuk perlahan.
"Kau tahu tak betapa takutnya aku?!" mata Yonghwa berkaca.
"Hyung, relax." Wooyoung ketawa kecil.
"Otak kau relax. Kau rehat. Hana, kalau dia tak nak rehat, Hana call abang. Abang bagi ubat tidur setahun."
Hana angguk senyum. Yonghwa meminta diri untuk keluar, diekori 7 lagi jejaka. Hana dan Wooyoung bersendirian di dalam bilik ini. Wooyoung lap air mata Hana yang dari tadi mengalir.
"Sayang, sudahlah. Aku tak apa-apa pun." pujuk dia.
"Tak ada apa-apa?! Awak tahu tak betapa hancurnya hati saya tengok awak balik dengan keadaan macam tu. Awak masih lagi fikirkan saya, nak masak untuk saya walaupun awak macam ni!"
Hana separuh marah, separuh sedih.
"Apa pun permintaan kau, aku tunaikan sayang. Walaupun nyawa aku jadi taruhan."
"Ingat sweet ke?!" dada Wooyoung ditumbuk Hana, membuat lelaki itu mengerang sakit.
"Makin ganas pula isteri aku ni."
"Isteri mafia kan?" Hana jeling Wooyoung, Wooyoung ketawa kecil.
"Iyalah, mari sini."
Wooyoung tepuk-tepuk ruang kosong di sebelahnya. Hana duduk di sisi suaminya tanpa bantahan, kepalanya disandarkan ke atas lengan Wooyoung. Wooyoung rangkul pinggang Hana, merehatkan kepalanya di atas kepala Hana.
"Awak, tak boleh ke kalau berhenti jadi.. ni?"
Soalan Hana penuh hati-hati. Wooyoung terdiam sekejap. Hana tak pernah meminta dia berhenti berbuat kerja-kerja ini. Pasti isterinya itu risau benar melihat keadaannya. Wooyoung tarik nafas dalam.
Ada juga dia terfikir. Dia tak mahu anaknya nanti membesar seperti dia, hidup dalam dunia penuh darah dan kejam ini. Sampaikan keluarga pun bermusuhan.
"Lepas aku settlekan Jaehyun, aku janji aku berhenti." balas Wooyoung.
Hana senyum, matanya dipejamkan. Tiada tempat yang selamat baginya selain daripada di sisi suami.