Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
...
Hana tahan mengantuk, semalaman dia jaga Wooyoung yang terbaring di atas katil. Suhu badan lelaki itu panas betul semalam, mujur San tahu di mana letaknya ubat-ubatan. Penat tahan mengantuk, dia akhirnya tertidur juga, bersandar pada katil. Dia duduk bersimpuh di atas lantai.
Wooyoung perlahan-lahan buka mata, terasa segar sedikit badannya. Dia rasakan kain basah di atas dahinya. Dia buang kain tersebut daripada dahinya, diletakkan di atas nightstand. Dia pandang Hana yang telah lena.
Perlahan-lahan dia turun dari katil, tubuh Hana diangkat dan dibaringkan di atas katil. Pasti Hana penat menjaganya. Wooyoung senyum membelai rambut isterinya.
"Sejahat mana pun aku, aku bersyukur dapat isteri sebaik kau." Wooyoung senyum.
Tiba-tiba pintu bilik terbuka perlahan, Mingi menjenguk dari luar. Wooyoung berpaling memandang Mingi, sedikit terkejut Mingi dibuatnya.
Wooyoung letakkan jarinya di atas bibir, tanda menyuruh Mingi diam. Mingi angguk sahaja. Wooyoung melangkah keluar dari bilik, diekori Mingi. Mereka berdua melabuhkan punggung di atas sofa di ruang tamu.
"Hmm, ramai tetamu nampaknya?" Wooyoung bersuara.
"Abang Hana, Yeosang dengan Chan akan tinggal sini sementara Hana mengandung ni. Kau tak kisah kan?"
"Tak. Sekurang-kurangnya kalau aku pukul Hana, ada orang boleh pukul aku balik."
Mingi senyum tawar. "Woo, kau tak nak jumpa doktor kau ke? Mungkin itu boleh bantu kau supaya kau dapat kawal.."
"Doktor Lee. Aku dah set kan appointment dengan dia minggu depan."
"Baguslah. Demam kau macam mana?"
"Better daripada semalam. Mana yang lain?"
"CHAN!!"
Ambik kau, baru tanya dah bergegar satu rumah dibuatnya. Wooyoung dan Mingi saling berpandangan. Macam suara Yunho. Mingi berlari ke arah punca suara, diikuti Wooyoung dengan langkah perlahan.
Mahu bergetar kaki Mingi dibuatnya apabila dia melihat Chan memegang pistol. Yunho dan Yeosang cuba menenangkan kanak-kanak itu, tapi macam mereka pula yang tak tenang. San sekadar ketawa, memerhati sahaja.
"Apa kecoh-kecoh ni?" soal Chan, masih memegang pistol itu.
"Ma..mana Chan dapat pistol tu?! Bahaya tu budak!" Yeosang takut-takut nak mendekat.
"Kak Hana cakap, mainlah apa yang Chan nak main. Chan pergi masuk bilik abang Mingi tadi, Chan nampak pistol ni atas katil. Chan nak mainlah." terang kanak-kanak itu.