22

539 49 30
                                        

  Holla semua! Maaflah tak update selalu

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

  Holla semua! Maaflah tak update selalu. Aku sibuk menguruskan urusan rumah tanpa tangga aku. Lagi satu ann, aku tengah buat ff Yeosang sebenarnya. Hehet! Baiklah, mari sambung.

...

  Wooyoung melangkah keluar daripada kereta. Badannya masih terasa lemah, tetapi hal perlu diselesaikan. Dia kini berada di hadapan rumah abangnya. Pintu rumah terbuka setelah diketuk tiga kali.

  "Wooyoung!" dia disambut Seohyun dengan senyuman yang manis.

  Kakak iparnya ini memang cantik dan baik betul peribadinya. Wooyoung senyum singkat, dia bukan sejenis yang suka nak senyum lama-lama. Terasa fake pula.

  "Suami kau ada?" soal Wooyoung.

  "Ada, jom masuk." pintu dibuka luas bagi mempersilakan Wooyoung masuk.

  Wooyoung angguk, dia dibawa ke ruang tamu. Rumah Yonghwa tidaklah semewah rumahnya, tetapi hiasan dalaman rumah ini membuatkan segala-galanya tampak mewah dan sedap mata memandang. Pandai Seohyun aturkan.

  "Duduklah dulu, akak panggil abang kau. Lepastu akak nak ke dapur buat air. Wooyoung seorang je? Haritu abang cakap Hana dah balik?" 

  "Oh seorang. Hana tidur." jawab Wooyoung.

  Tidur kepala ikan dia. Hana dah puas tanya dia nak ke mana, dia saja buat tak endah. Isterinya itu bersungguh tak mahu Wooyoung keluar. Tetapi siapa saja yang mampu menghalang Wooyoung? Semestinya tiada.

  "Oh macam tu. Hmm rindu pula dekat Hana. Okaylah, tunggu kejap ya." sempat Seohyun memberikan semanis-manis senyuman kepada Wooyoung sebelum pergi.

  Tak lama pun Wooyoung bersendirian di situ, muncul pula abangnya. Yonghwa nampak tak senang dengan kedatangan Wooyoung. Dia masih menyalahkan adiknya itu di atas kematian bapa mereka.

  "Tahun ni, ini kali pertama kau jejak rumah aku." ucap Yonghwa seraya duduk di hadapan adiknya.

  "Aku malas nak bermadah dengan kau. Aku datang sini nak bagi amaran. Jaehyun nak jahanamkan keluarga kita, dia ada sebut untuk kacau kau dan Seohyun. Jadi hati-hatilah. Aku dah arahkan budak-budak aku juga untuk jaga kauorang berdua."

  Yonghwa diam sejenak, telan air liur. Tahu pun kau, takut. Walau sebenci mana pun dia kepada Wooyoung, dia harus akui bahawa dia bergantung kepada adiknya kalau bab-bab dunia gelap keluarga mereka ini.

  "Tapi kenapa?"

  "Perebutan kuasa. Biasalah. Itu saja. Aku balik dulu." baru Wooyoung nak angkat punggung, dia ditahan Seohyun yang membawa dulang.

  "Eh sabar dulu. Minum sekejap, Wooyoung. Ni ada kek sikit. Jamahlah sebelum balik."

  Wooyoung batalkan niatnya, dia angguk sahaja. Rasa serba salah pula nak hampakan pelawaan kakak iparnya. 

FORCED TO BE YOURSTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang