Seorang lelaki sedang berada di beranda rumahnya sambil menghisap sepotong rokok dan melihat kearah luar rumahnya. "najung-e jiog-eul neukkil geos-igi ttaemun-e ganeunghan han olaesdong-an gippeohasibsio (bersuka ria selagi mampu kerana nanti kamu akan merasa neraka)" kata Jeon Jung Kook dengan nada sinis sambil memegang sekeping gambar perkahwinan Umairah dan Izzat lalu mengoyakkan gambar tersebut dan hanya meninggalkan Umairah seorang diri di dalam gambar. Lelaki tersebut mengeluarkan telefon bimibit miliknya lalu menelefon seseorang. "naega wonhaneun jangbineun chungbunhabnikka? (peralatan yang aku mahu sudah mencukupi ke?)" Tanya Jung Kook disebalik panggilan telefon tersebut. Setelah beberapa minit, Jung Kook mematikan panggilan tersebut lalu mengambil gambar sebuah rumah yang berada tidak jauh daripada hotel yang didiami olehnya. Di dalam halaman rumah tersebut ada seorang wanita sedang bersuka ria bersama keluarganya, iaitu keluarga Tan Sri Akhiruddin.
Jeon Jung Kook bangun daripada tempat duduknya lalu memasuki biliknya. Jung Kook mengambil jaket hitam miliknya dan anak kunci kereta lalu keluar daripada hotel tersebut. Jung Kook memandu ke suatu tempat yang agak jauh kerana perjalannya mengambil masa selama 40 minit daripada hotel tersebut.
........................................................................
.......................................................................Sebuah keluarga sedang menikmati makan malam bersama-sama di meja makan. "Ijat ada nak bagitahu sesuatu" kata Izzat Danish lalu meletakkan sudu dan garfu dan minum sedikit air yang telah disediakan di atas meja. "Kenapa, sayang?" Tanya Umairah, isteri Izzat. "Esok akan ada beberapa pengawal yang mula bertugas untuk menjaga keselamatan keluarga kita. Pengawal-pengawal ini akan menjaga kawasan rumah dan syarikat untuk memastikan supaya tidak ada seseorang yang akan dapat menceroboh rumah kita dan ancaman yang kita tidak tahu" kata Izzat dengan nada serius. "Daddy dah tahu ke mengenai benda ni?" Tanya Umairah lagi. "Yes, daddy dah tahu dan daddy dah izinkan sebab daddy dah tengok sendiri rakaman CCTV hadapan rumah, ada seorang lelaki yang tidak dikenali sedang meninjau rumah kita" balas Tan Sri Akhiruddin. "Kenapa Mai tidak tahu tentang hal ini? Adakah ia ada kaitan dengan penculikan dahulu?" Tanya Umairah kepada Izzat dan Tan Sri Akhiruddin. "Sayang, penculikan dahulu, Amirah yang terlibat and it's already over. So, ini hanyalah langkah berjaga-jaga, so you need to be careful because we don't know who are our enemies" balas Izzat sambil mengusap kepala isterinya. "Alright, sure. I'm just asking out of curiosity. I'll be more careful this time" balas Umairah. "sambung makan ye" jawab Puan Sri Alyna.
Selepas makan malam, Izzat dan Umairah menuju ke bilik mereka. Anak-anak mereka sedang nyenyak tidur di atas katil mereka bersebelahan dengan katil Izzat dan Umairah. "Sayang, I've something to tell you" kata Izzat lalu duduk di penjuru katil. "Yes, sayang?" balas Umairah "come here" kata Izzat sambil menepuk katil supaya Umairah datang dan duduk disebelahnya. "This is about my secret. I need to tell you this before it's too late to tell you. I don't want you to hear from someone else. So, I need to tell you now" kata Izzat sambil memegang kedua-dua belah tangan milik isterinya. Namun, hasrat tersebut tidak kesampaian kerana anak mereka Eun Jung tersedar dan menangis mahukan mereka. "Aigoo my daughter dah sedar ya, lapar ke sayang?" kata Umairah lalu mengangkat Eun Jung dan mendodoinya. "Sayang, tolong buatkan susu? I nak tukar pampers" kata Umairah "alright, sayang" balas Izzat lalu bangun dan menuju je satu meja di mana susu anak-anak mereka berada. 'Nampaknya hari ini bukan masa yang sesuai, tak apa aku cuba esok' kata Izzat di dalam hatinya sambil menyiapkan susu untuk anak-anak mereka.
........................................................................
......................................................................."Kak Siti, kejap lagi saya nak keluar jadi kosongkan jadual saya dan sekiranya isteri saya datang bagitahu dia saya jumpa klien ya. Tan Sri sudah tahu destinasi saya di mana jadi tak perlu bagitahu Tan Sri. Terima kasih, Kak Siti" Kata Izzat kepada pembantu peribadinya, Kak Siti. "Baik tuan, saya akan kosongkan jadual tuan" balas Kak Siti lalu menunduk hormat kepada Izzat sebelum Izzat keluar daripada ruangan pejabatnya. Izzat menekan butang lif menuju ke aras pejabat di mana terletaknya pejabat Tan Sri Akhiruddin.
"Assalamualaikum, daddy. Boleh Izzat masuk?" Kata Izzat sebaik sahaja mengetuk pintu dan membuka pintu pejabat Tan Sri. "Waalaikumussalam, Izzat. Masuklah" balas Tan Sri lalu bangun dan menuju ke ruangan sofa di hadapan meja pejabat miliknya. "Ada apa yang perlu dibincangkan?" Tanya Tan Sri kepada Izzat. "Izzat nak tengok tempat tu sekejap, jadi Izzat dah minta Kak Siti kosongkan jadual Izzat dan bagitahu kepada Umairah bahawa Izzat keuar jumpa klien sekiranya umairah datang ke pejabat" kata Izzat "Oh baiklah, Izzat nak tengok anak –anak buah ye, okay nanti daddy bagitahu Umairah macam tu. Izzat nak bagitahu Umairah bila akan hal ini?" Tanya Tan Sri lagi "Izzat dah cuba nak bagitahu semalam akan tetapi Eun Jung tersedar sebelum Izzat buka mulut" keluh Izzat "Tak mengapa malam ni cuba lagi ye?" balas Tan Sri sambil mengusap belakang badan Izzat.
........................................................................
.......................................................................Umairah sedang ralit menaip di komputer miliknya di pejabat. Telefon miliknya berdering dengan nombor yang tidak dikenali. "Hello, Umairah bercakap, ada apa, ya?" Tanya Umairah disebalik telefon tersebut "gembira selagi mampu, sengsara sedikit masa sahaja lagi" balas seseorang yang tidak dikenali Umairah. "Siapa ni?! mana dapat nombor saya?!" Balas Umairah dengan nada cemas namun panggilan tersebut dimatikan. Umairah lalu bergegas keluar dan menuju ke pejabat milik suaminya yang berada di tingkat ke sepuluh.
"Assalamualaikum, Kak Siti, suami saya ada tak?" Tanya Umairah kepada Kak Siti yang sedang ralit melakukan kerja di mejanya. "Waalaikumussalam, puan, Tuan Izzat tiada, tuan ada mesyuarat dengan klien di luar pejabat" balas Kak Siti "oh, baiklah, terima kasih, Kak Siti" balas Umairah lalu keluar daripada ruangan pejabat Izzat. Umairah mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor telefon Izzat namun tiada respon. 'Sayang, where are you? I need you right now. Please, answer your phone' kata Umairah dalam hati. Umairah menekan lif menuju ke ruangan pejabat Tan Sri Akhiruddin. "Hi, daddy. Are you busy right now? I need to discuss something important with you" kata Umairah sebaik sahaja memasuki bilik pejabat Tan Sri. "Hi, Umai. Masuklah, I'm free'' balas Tan Sri lalu menekan telefon pejabatnya "Sarah, tolong buatkan coffee for us" kata Tan Sri kepada pembantu peribadinya. "Duduklah, I guess this will be a long conversation to discuss" kata Tan Sri sambil menuju kearah sofa.
"Just now, Umairah sedang melakukan kerja, ada seseorang menelefon Umairah. As you know, that I will record the conversation from a call that I didn't save the number, right?" terang Umairah kepada Tan Sri lalu Sarah memasuki ke ruangan pejabat Tan Sri sambil membawa satu dulang dengan dua cawan air kopi dan diletakkan dia atas meja lalu keluar daripada pejabat tersebut untuk memberikan ruang privasi kepada Tn Sri Akhiruddin dan Umairah.
"Yes, continue Umai" balas Tan Sri. "So, this phone call, someone called me and told me that right now I can be happy but wait just for a few more days I'll feel miserable" kata Umairah dengan nada risau. "Send the number to me" balas Tan Sri lalu mengeluarkan telefon bimbitnya dan mendail seseorang "Hello, Ijat. Kamu dekat mana sekarang?" Tanya Tan Sri disebalik panggilan tersebut. "Baiklah datang ke pejabat daddy sebaik sahaja kamu sampai dekat syarikat" kata Tan Sri lalu mematikan panggilan tersebut. "Ijat dekat mana, daddy?" Tanya Umairah " tadi Umairah pergi pejabat Ijat sebelum datang sini, akan tetapi Ijat tak ada dekat pejabat" kata Umairah lagi. "Dia keluar jumpa klien, and right now dia dah on the way balik sini" balas Tan Sri 'Sudah tiba masanya untuk anak aku tahu akan identiti sebenar suaminya' kata Tan Sri di dalam hatinya sambil menghirup secawan kopi.
Setelah hampir lima belas minit, Izzat tiba di perkarangan syarikat keluarga mereka. Izzat bersama dengan enam belas orang lelaki keluar daripada tiga buah kereta MPV dan memasuki syarikat tersebut. Para pekerja syarikat memandang mereka. Izzat menekan butang lift menuju ke pejabat milik Tan Sri Akhiruddin bersama lelaki-lelaki tersebut. "Assalamualaikum, daddy" kata Izzat lalu membuka pintu pejabat Tan Sri "Eh, sayang" tegur Izzat apabila ternampak isterinya turut berada di dalam pejabat tersebut. "Daddy, Izzat bawa pengawal-pengawal yang akan kawal rumah dan syarikat kita. Mereka juga akan turut bersama dengan kita ke mana sahaja kita pergi. Masuk" Kata Izzat sebaik sahaja duduk di atas sofa bersama-sama dengan Tan Sri Akhiruddin dan Umairah. "Ramainya, sayang" balas Umairah. "16 orang" balas Izzat. "Ok, baik. Ada lagi satu berita buruk Izzat" kata Tan Sri "Apa dia, daddy?" Tanya Izzat "Seseorang menelefon isteri kamu dan memberi amaran bahawa in a few days more we'll feel miserable" balas Tan Sri "I guess this is the time that we should tell Umairah, daddy" balas Izzat "what do you mean?" Tanya Umairah dnegan nada terkejut. "Sayang, actually I am-
TO BE CONTINUED
YOU ARE READING
The Revenge
Mystery / ThrillerSeorang perempuan yang bernama Umairah Deanna merupakan anak angkat kepada Tan Sri Akhiruddin dan merupakan keturunan korean muslim. Umairah pernah bercinta dengan seorang lelaki korea semasa dia menetap di korea. Namun, hubungan mereka tidak kekal...