26🌸

29 1 0
                                    

"sayang, dah seminggu sayang tidur. Bila sayang nak bangun ni? abang rindu nak dengar suara sayang tau. Baby kita pun rindu nak dengar suara mummy dia" kata Izzat sambil memegang tangan Umairah.

tokk!! tokk!!

"assalamualaikum Ijat" kata Amira Katrina "waalaimussalam. Tak pernah pun kau datang jenguk kitorang selama ni"kata Izzat "tolong jagakan Umai kejap dia kan ex bestfriend kau" kata Izzat lagi lalu keluar daripada bilik tersebut.

"Mai, kau kena ingat eh yang kau takkan bahagia sampai bila-bila. Aku rasakan dendam aku terhadap kau akan terhapus bila salah seorang daripada kita tak ada dalam dunia ni. So, semoga kau bahagia dekat sana bersama anak kau haha" kata Amirah lalu menarik topeng oksigen yang dipakai oleh Umairah lalu keluar daripada bilik itu.

"ya Allah sayang!!! doktor!! doktor!!nurse!! isteri saya tolong!!" jerit Izzat sambil memegang tangan Umairah lalu beberapa jururawat bersama seorang doktor bergegas masuk ke dalam bilik tersebut.

"encik tolong keluar kejap ye" kata salah seorang jururawat "tolong selamatkan isteri saya ye" kata Izzat lalu beredar daripada bilik tersebut dan mngeluarkan telefon bimbitnya dan mendail nombor Tan Sri Akhiruddin.

......................................................................................................................

"hahaha puas hati aku sekarang" kata Amirah lalu mengambil cawan yang mengandungi latte. "hai sayang, happy nampak ada berita apa-apa ke ni?" tegur Khairil. "WHAT ARE YOU DOING HERE?!" kata Amirah lalu mengambil beg tangannya dan ingin beredar dari situ tetapi Khairil sempat menarik tangan Umairah lalu meninggalkan cafe tersebut dan menuju ke arah kereta miliknya. 

" Apa yang awak buat ni Khai! Awak dah gila ke?! lepaskan saya lah!!" jerit Amirah lalu menepis tangan Khai "please dengar explanation saya dulu boleh tak?!" jerit Khairil. Amirah terdiam seketika. "good. Masuk" kata Khairil lalu membuka pintu keretanya buat Amirah.

"awak nak bawa saya pergi mana ni?" tanya Amirah "somewhere" jawab Khairil "hish orang tanya betul-betul dia jawab main-main pula" bebel Amirah "popet popet cium baru tahu" kata Khairil sambil memecut laju keret BMW sport miliknya.

..........................................................................................................................

"doktor, macam mana dengan isteri saya?" tanya Izzat "Alhamdulillah isteri encik dalam keadaan yang selamat tapi macam mana boleh jadi macam ni? siapa yang cabut topeng oksigen tu?" tanya Doktor Ridzuan. "saya pun tak tahu doktor cuma tadi ada seorang kawan dia datang and then saya minta diri untuk tunaikan solat zohor lepas itu bila saya dah sampai dekat bilik isteri saya, saya tengok dia dah tak ada" kata Izzat "dia ada dendam dengan isteri encik ke?" tanya Doktor Ridzuan"saya tak tahu" kata Izzaat "dalam bilik itu ada CCTV tak?" tanya Izzat. "saya rasa ada, encik boleh tanya pihak atasan hospital" kata Doktor Ridzuan lalu beredar daripada situ.

"Ijat apa dah jadi ni?" tanya Tan Sri Akhiruddin yang baru sahaja tiba di hospital bersama-sama dengan isterinya dan Encik Kamal. "Ijat tak tahu  daddy. Tadi kawan dia datang lepas itu Ijat minta dia jagakan Mai kejap sebab Ijat nak pergi solat Zohor lepas tu Ijat datang dia dah tak ada" kata Izzat sambil menangis . "sabarlah Ijat, nanti kita cari siapa yang buat semua ni" pujuk Puan Sri Alyna.

Tan Sri Akhiruddin mengeluarkan telefon bimbit miliknya lalu mendail nombor seseorang "hello, saya nak kamu siasat seorang perempuan ni nanti saya email detail" kata tan sri lalu mematikan telefonnya. 

...........................................................................................................................

"kenapa awak bawa saya datang sini?!" tanya Amirah "awak nak turun sendiri atau awak nak saya angkat" kata Khairil lalu keluar daripada kereta miliknya. "saya tanya kenapa awak bawa saya datang sini? saya dah cakapkan saya nak batalkan pertunangan kita. awak tak faham bahasa ke?!" kata Amirah "awak cakap lagi sekali nak batalkan pertunangan ni, saya hantar awak masuk lokap! awak ingat saya tak tahu apa yang awak buat haa?!" ugut Khairil "hantarlah awak ingat saya takut!" balas Amirah lalu Khairil mengeluarkan telefon bimbitnya dan menunjukkan sesuatu kepada Amirah.

"mana awak dapat gambar ni?!" tanya Amirah "huh seronok tidur dengan jantan lain?" sinis Khairil "apa yang awak nak?!" kata Amirah "kahwin dengan aku as soon as possible and gambar ni takkan tersebar" kata Khairil lalu memasuki rumah milik kedua orang tua Amirah.

................................................................................................................................

"tumpang tanya macam mana nak cek CCTV dalam wad vvip eh?" tanya Izzat di kaunter pertanyaan "kejap ye encik" kata penjaga kaunter tersebut "encik boleh tahu bilik nombor berapa" tanya penjaga tersebut "1104" kata Izzat "encik boleh tunggu dekay sofa tu dulu nanti CEO hospital ni akan datang terima kasih" kata penjaga tersebut lalu Izzat beredar daripada situ dan duduk di sofa yang disediakan.

'sayang, abang akan dapatkan bukti tu dan masukkan perempuan tu dalam lokap. Sampai hati dia buat sayang macam tu. Abang minta maaf sebab tinggalkan sayang dengan perempuan jijik tu. Ni semua salah abang, sayang. Maafkan abang'

"hi, are you Tan Sri Akhiruddin's son in law?" tanya Zack Huntington iaitu CEO Hospital Huntington "yes i am and you are?" kata Izzat "i'm Zack Huntington the CEO  for this hospital. So, let's talk about CCTV footage at my room" kata Zack "yeah let's go" kata Izzat lalu mereka jalan beriringan menuju ke bilik CEO di tingkat 10.

...................................................................................................................................

"ye ada apa kamu berdua datang rumah ni macam serius je" tanya Dato' Amir "sebenarnya macam ni uncle, saya dan Amirah dah bincang yang kami nak percepatkan majlis perkahwinan kami, boleh tak?" kata Khairil "eh tiba-tiba je ni ada apa-apa ke?" tanya Datin Maria "tak ada lah rasanya macam kurang elok lah saya bawa anak dara orang ke hulur ke hilir tanpa ikatan yang sah, nanti apa pula orang luar fikir, so sebab tu lah saya percepatkan majlis ni" jawab  khairil. "kalau macam tu tak apa lah, baguslah. Jadi, bila kamu nak buat majlisnya" tanya Dato' Amir "saya ingat nak buat minggu depan" balas Khairil "awalnya" kata Datin Maria "senyap je kamu ni Mira" kata Datin Maria lagi "haa, emm Mira setuju je bila-bila pun. Emm kejap eh papa mama" kata Amirah lalu menarik tangan Khairil dan beredar daripada ruang tamu tersebut dan menuju ke dapur.

"apa yang buat ni?! memanglah saya setuju untuk kahwin dengan awak tapi secepat ni lah!" marah Amirah "kau dengar sini eh, kau nak kahwin minggu depan or gambar kau akan tersebar. Pilih baik-baik eh sayang" kata Khairil sambil memegang pipi Amirah lalu beredar daripada situ.

"apa yang kamu bincangkan?" tanya Dato' Amir "tak ada apa lah uncle, Mira ni dia nak bagitahu yang dia nak buat hari Jumaat" kata Khairil "lah tu je ke ingatkan apa lah yang kamu borakkan dekat dapur tu. Oklah kalau macam tu. Esok kamu kena pergi butik pengantin tu lah bagitahu diorang yang kamu nak percepatkan perkahwinan tu" kata Datin Maria. "baiklah aunty. Saya balik dululah uncle aunty" kata Khairil lalu bersalaman dengan Dato' Amir.

........................................................................................................................................

"sayang, abang bawa makanan kegemaran sayang ni. Sayang bangunlah cepat, dah seminggu sayang tak makan asyik tidur je, tak sihat tau macam tu" kata Izzat sambil memegang tangan Umairah lalu mengambil senaskhah surah Yaasin dan membacanya disebelah Umairah. Semasa sedang membaca surah Yaasin, Izzat merasakan tangan Umairah bergerak.

"ab.. ab..abang..." kata Umairah "ya Allah sayang dah sedar! doktor! doktor! isteri saya dah sedar!!" jerit Izzat.


TO BE CONTINUED

The RevengeWhere stories live. Discover now