Jam tepat menunjukkan 12 malam pada waktu itu. Bunyi unggas kedengaran di sebuah pondok usang di dalam hutan. Hujan rintik-rintik menyejukkan lagi suasana pondok usang tersebut.
Kelihatan Umairah terduduk diikat kemas di sebuah kerusi. Mukanya tertunduk ke bawah. Tubuhnya berpeluh ketakutan dan kesejukan di dalam pondok usang itu.
splashhhh!!!!
"bangun pun" kata Amirah sebaik sahaja menyimbah sebaldi air kepada Umairah.
"apa yang kau nak? aku tak buat apa-apa pun dekat kau. Apa salah aku?!" jerit Umairah "kau memang tak salah tapi yang salah adalah BAPAK KAU!!" jerit Amirah lalu menampar pipi Umairah.
"bob!! kau video call suami dia sekarang!" arah Amirah lalu Bob mengambil telefon bimbit dan mendail nombor Izzat.
"hello there!" kata Bob sebaik sahaja video call tersebut dijawab oleh Izzat. Bob dan rakan-rakannya memakai topeng supaya tiada siapa dapat melihat muka mereka.
"where's my wife?!" kata Izzat disebalik video call tersebut.
"kau nak isteri kau? hahaha kau kena dengar sekali apa yang aku nak cakap" kata Amirah lalu menarik sebuah kerusi dan duduk di hadapan Umairah.
"kau nak tahu apa yang ayah kau dah buat?" tanya Amirah.
flashback
Pada suatu pagi 23 Januari 2004, ada seorang jejaka sedang bertungkus lumus ingin menyelamatkan sebuah syarikat miliknya dan sahabat karibnya daripada muflis. Amir. Nama jejaka tersebut ialah Amir dan sahabat karibnya ialah Akhiruddin. Mereka berpakat untuk mendirikan sebuah syarikat yang bernama AA's Company.
Pada suatu masa, AA's Company mempunyai masalah kewangan akibat terlalu banyak hutang sehingga hampir muflis.
Akan tetapi, hanya Amir yang berada di syarikat tersebut semasa syarikat memerlukan mereka. Akhiruddin hilang tanpa jejak.
Apabila AA's Company telah kembali seperti sedia kala, barulah Akhiruddin muncul di syarikat tersebut. Akhiruddin datang dengan membawa satu berita tergempar yang ingin disebarkan di syarikat tersebut.
Dia mengadakan satu mesyuarat lembaga pengarah untuk menentukan siapa bakal menjadi CEO AA's Company.
Dengan rasminya Akhiruddin berjaya memegang jawatan CEO AA's Company dan Amir telah dipecat dengan tiba-tiba.
end flashback
"tak adilkan ayah aku yang bertungkus lumus selamatkan syarikat tu tapi akhirnya jatuh dekat tangan ayah kau. Dasar tikam belakang!" kata Amirah.
"aku rasa cerita kau tak lengkap lagi atau kau pura-pura tak tahu" tanya Izzat.
"apa maksud kau ni!" jerit Amirah dengan nada marah.
YOU ARE READING
The Revenge
Mystery / ThrillerSeorang perempuan yang bernama Umairah Deanna merupakan anak angkat kepada Tan Sri Akhiruddin dan merupakan keturunan korean muslim. Umairah pernah bercinta dengan seorang lelaki korea semasa dia menetap di korea. Namun, hubungan mereka tidak kekal...