"aku nak kau cari perempuan ni" kata Amirah lalu memberikan gambar Umairah kepada lelaki upahannya yang bernama Bob.
"deposit" kata Bob "hish kau ni nah 500" kata Amirah lalu mengeluarkan lima keping not seratus ringgit dan diberikan kepada Bob. "kau nak aku buat apa dekat budak ni" tanya Bob.
"okay aku nak kau..." terang Amirah lalu ketawa "ok baiklah senang je ni" kata Bob lalu meninggalkan tempat tersebut.................................................................................................................................................
"abang dah siap ke kemas?" tanya Umairah sambil duduk di birai katil. "okay done" balas Izzat.
Izzat mengambil wheelchair di sebelah sofa dan menolak ke arah Umairah.
"yeay dah boleh discharge! rindu rumah" kata Umairah lalu bangun dan duduk di atas wheelchair tersebut.
"seronoknya dia dapat discharge" kata Izzat lalu menolak wheelchair tersebut keluar daripada bilik 1104.Setelah selesai pembayaran bil hospital Umairah, mereka terus menuju ke kereta milik Izzat.
"abang ada suratlah" kata Umairah lalu tunjuk kearah cermin kereta Izzat. Izzat mengambil surat tersebut dan membukanya. Izzat menutup kembali surat itu dan mengeluh tanpa sengaja.
"surat apa tu bang?" tanya Umairah "abang rasa better if sayang tak tengok surat tu. Bagi abang siasat dulu eh sayang" kata Izzat lalu mencium dahi Umairah.'ya Allah kau selamatkanlah rumah tangga kami. Kalau betul lah ada seseorang yang berdendam dengan keluarga kami, kau berikanlah kami petunjuk ya Allah, siapakah seseorang tersebut. Kau selamatkanlah kamndungan isteriku ya Allah. Kau berikanlah kami pelindungan ya Allah. Kau jauhilah kami daripada malapetaka ya Allah'
................................................................................................................................................
"kau ingat kau akan terlepas dengan apa yang kau dah buat dekat aku dulu" kata Khairil sambil memegang pisau dan menoreh sedikit gambar Amirah yang ditampar di dinding biliknya.
"kau dah pergunakan aku then kau nak hancurkan Umairah" "jangan harap sayang" "aku tahu kau berdendam sebab ayah kau kan" "no way dear" bebel Khairil.
Dinding biliknya dipenuhi dengan gambar-gambar milik Umairah dan Amirah.Khairil mengambil baju lengan panjang hitam miliknya lalu disarungkan ke tubuhnya dan memakai mask hitam dan topi hitam lalu keluar daripada rumah miliknya. Khairil menghidupkan keretanya lalu beredar meninggalkan rumahnya.Dia menghidupkan telefon bimbit miliknya dan menekan app yang dimuat turun untuk mengesan keberadaan Amirah.
Tahun lepas, Khairil pernah memasukkan cip ke dalam telefon Amirah untuk mengetahui aktiviti Amirah. Daripada situlah dia dapat mengetahui bahawa Amirah sedang merancang untuk membunuh Umairah dan dia mengugut Amirah. Dia pernah mengupah seseorang untuk tidur dengan Amirah. Dia mengugut Amirah dengan gambar berserta video.
................................................................................................................................................
"sayang bangun, kita dah sampai rumah ni" kata Izzat sambil mengejutkan Umairah "oh ye ke? sorry abang, Mai tidur. Sepatutnya Mai teman abang bawa kereta" kata Umairah lalu memeluk Izzat "tak apalah sayang, sayang kan masih tak sihat. Dah jom" kata Izzat lalu melepaskan pelukan itu.
"hello bos, mereka baru saja tiba di rumah mereka" kata Bob yang mengekori kereta Izzat.
"okey baik. Esok aku nak kau buat apa yang aku suruh" kata amirah lalu mematikan panggilan tersebut.
................................................................................................................................................
tokk!!! tokkk!!!
"siapa pula ketuk pintu macam nak pecah ni" bebel Amirah lalu menuju ke pintu rumahnya
"hai sayang" kata Khairil dengan nada sinis
YOU ARE READING
The Revenge
Mystery / ThrillerSeorang perempuan yang bernama Umairah Deanna merupakan anak angkat kepada Tan Sri Akhiruddin dan merupakan keturunan korean muslim. Umairah pernah bercinta dengan seorang lelaki korea semasa dia menetap di korea. Namun, hubungan mereka tidak kekal...