Syed Aeden memandang sekitar taman perumahan yang mereka masuki itu. Tak jauh pun dari rumah aku. Sophea hanya membisu sepanjang perjalanan memandang kearah luar tingkap. Bertemankan perasaan yang bercampur baur. Dia runsing.
"Budak, mana satu rumah kau ni?" sesekali dia menoleh kearah Sophea.
Setelah mendengar pertanyaan Syed Aeden barulah gadis yang awalnya itu membisu mula bersuara. "Rumah hujung tu." sambil jarinya menunjukkan kedudukan rumah agam milik keluarganya itu.
Dia hanya mendengar, faham benar dengan perasaan Sophea ketika ini. Pasti sungguh tertekan.
Tiba sahaja didalam kediaman itu, Syed Aeden membunyikan hon kereta. "Dah sampai, jom turun." katanya sambil membuka tali pinggang keledar itu begitu juga dengan Sophea.
Keluar sahaja mereka dari kereta, kelibat Iman Farisz kelihatan dihadapan pintu masuk utama. Alangkah terkejutnya Syed Aeden melihat bekas rakan sekelasnya berada dihadapannya ketika ini. Matanya membulat, dahi berkerut tidak mengerti sama seperti Iman Farisz.
"Farisz?" tanyanya dengan kerutan di dahi.
"apahal kau ada dekat sini?" soal Farisz pula, penuh keliru.
Sophea pula tidak tahu bagaimana hendak menerangkan kepada mereka berdua. Pening kepala jadinya. "Kau dengan Farisz ni ada hubungan apa?" soal Syed Aeden terburu-buru. Akalnya sedang memproses perkara yang berlaku di hadapannya.
"saya denga.." dipotong ayatnya.
"eh, kau pula macam mana boleh ada dekat rumah aku ni?" Farisz pula melontarkan soalannya. Dia juga sedang memproses perkara dihadapannya itu.
Terkejut Syed Aeden dengan kata-kata Farisz. Biji matanya membulat lalu memandang Sophea dengan wajah tidak percaya. "Kau curang dengan tunang kau.. Dengan si Farisz ni?"
"HAH?!" kedua-dua adik beradik itu terkejut mendengar penyataan tak berasas Syed itu.
"Apa kau merepek ni bro?"
"Awak cakap apa ni, Syed? Jangan tuduh saya yang bukan bukanlah!" marah Sophea dituduh sebegitu.
"Habis kau denga.."
"Dia abang saya. Abang Farisz, abang kandung saya." jawab Sophea dengan pantas memotong percakapan Syed Aeden sebelum jejaka itu mengutarakan kata-katanya yang tidak berasas malah kurang cerdik itu.
Termati kata Syed dibuatnya apabila mendengar jawapan itu lantas memandang dua beradik itu silih berganti. "Tapi korang berdua tak nampa.."
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
Lãng mạnSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...