𝟏𝟔

136 10 7
                                    

Pandangannya ke arah luar tingkap kapal terbang itu lalu mengeluh kasar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Pandangannya ke arah luar tingkap kapal terbang itu lalu mengeluh kasar. Melepaskan segala keperitan dalam dirinya.


Wajahnya sudah tidak dihiaskan dengan senyuman manis yang sentiasa dipamerkan kini diganti dengan wajah yang sunggul dan tidak bersemangat. Air matanya ditahan.

Haireen dan Shaqila disebelahnya sedang lena dibuai mimpi, Sophea tatap wajah itu dengan secebis senyuman kecil.

Hari ini ialah hari dimana dia akan pulang semula ketanah airnya setelah bertahun-tahun menetap di negara barat ini, Australia untuk menyambung pengajiannya.

Namun, tiada langsung sebarang reaksi darinya. Sama ada gembira atau sedih, dia sendiri bingung dengan keadaan dirinya.

Jujur jauh dari sudut hatinya dia sedih untuk meninggalkan tempat ini kerana telah banyak memori manis yang telah dia alami.. akan tetapi, terdapat juga kenangan paling pahit dalam sejarah hidupnya di negara ini.

Air matanya tidak dapat ditahan lagi, lantas air mata itu mengalir laju di permukaaan pipinya. Badannya terhinjut-hinjut menahan esakan dari mulutnya. Haireen yang tersedar lagi lenanya akibat esakan mula kedengaran.

"Pia.. okay tak ni? kenapa ni?" Haireen memeluk tubuh genit rakannya itu lalu diusap kepala yang berlitup itu untuk menenangkan rakannya itu.

Dia tersenyum hambar lalu mengangguk kepala. Kepalanya yang terasa berpinar itu dipicit-picit sedikit. iPhone nya dikeluarkan dari poket seluarnya. Gambar wallpapernya ditatap lama sebelum dia menukar gambar wallpaper itu.

57 unread messages from Razil

21 missed calls from Razil

3 unread messages from my Queen❤

Dia membuka ruangan messages itu. Ratu dihatinya mencari, perlahan-lahan bibir membentuk senyuman nipis yang terlihat bahagia.

Haireen mencuri-curi pandang kearah screen iPhone tersebut. Sejurus itu dia memandang kearah rakan karib disebelahnya itu telah mengukir senyuman. Ucapan syukur diungkap perlahan, lega hatinya apabila si rakan itu mula tersenyum semula.

Mana tidaknya, sebelum berangkat ke lapangan terbang dari rumah sewa mereka Sophea langsung tidak mengukir senyuman seperti selalu, muram sahaja wajah si gadis molek itu.

Bila disoal, Sophea langsung tidak membuka mulut hanya kepalanya sahaja yang bergerak menjawab soalan. Sesekejap di geleng, Sesekejap di angguk.

Kepalanya ditoleh kearah Shaqila yang sedang nyenyak dibuai mimpi. "Kenapa kau buat macam ni?" telahnya sendiri.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now