Badannya diregangkan. Segala urat-uratnya berasa tegang setelah lama duduk membuat kerja di hadapan macbook. Kepalanya berasa pening dan berdenyut-denyut.
Laci meja disebelah kanan dibuka, sepapan panadol diambil. Setablet panadol dimasukkan kedalam mulut dan ditelannya bersama air masak. Habis sahaja menelan ubat itu dia mula memejamkan matanya, kesan ubat yang dimakannya itu belum sampai.
Dahinya dipicit sedikit, lehernya diurut perlahan. Jam tangannya di tilik sebelum Sophea mengeluh perlahan. Badan di sandarkan pada badan kerusi kerja itu sambil menutup mata.
Dia perlukan rehat. Matanya dilelapkan seketika.
Setelah beberapa minit, dia merehatkan diri pintu biliknya diketuk dari luar. Matanya dibuka perlahan apabila mendengar ketukan di luar pintu. Badannya diregangkan lagi.
"Masuk." tudungnya di betulkan.
Pintu bilik dibuka dari luar lalu terpamer wajah Haireen dibalik pintu. "Hai!" ucapnya sambil tersenyum kearah Sophea. Pintu bilik ditutup perlahan.
"Areen, kau buat apa kat sini?" soal Sophea dengan wajah terkejutnya. Haireen hanya tersenyum manis.
"Aku ingat nak ajak kau makan, kau busy ke?" tanya Haireen teragak-agak. Takut juga kalau dia mengganggu waktu rakannya sedang bekerja.
Dia hanya tersenyum lalu menidakkan pertanyaan Haireen dengan gelengan. "waktu kerja aku dah habis. Jom lah kita pergi makan."
Macbook nya ditutup lalu dimasukkan ke dalam beg laptopnya. Coat doktornya dibuka dan diletakkan pada lengan kiri, tangan kanannya menggalas beg laptop dan beg sandangnya disandang pada bahu.
Haireen membantu Sophea membuka pintu bilik kerjanya itu, kaki mereka berdua melangkah kearah lif yang berada di tengah-tengah tingkat 3 hospital itu.
Masuk sahaja didalam perut lif yang kosong tanpa penghuni yang menggunakan lif tersebut, butang punat di tingkat basement ditekan oleh Haireen.
"kau baru lepas balik kerja ke?" soalnnya apabila terasa janggal dalam keadaan sunyi berdua bersama Haireen. Haireen memandang Sophea lalu tersenyum semula. Nampak perubahan pada tuan badan.
"Ha'ah, baru je balik dari sekolah. Memandangkan aku tengah lapar belum makan lagi, alang-alang aku ajak kau sekali." kata Haireen sambil matanya menilik jam tangan di pergelangannya. Jam menunjukkan waktu 3 jam setengah petang.
Ting! Lif sudah turun ke tingkat basement, pintu automatik sudah terbuka. Mereka berdua melangkah keluar dari lif itu dan bergerak kearah kereta yang diparkingkan tidak jauh dari lif yang mereka gunakan.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
RomanceSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...