𝟎𝟖

158 13 1
                                    

Termenung

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Termenung. Termenung dan termenung. Itu sahaja kerja Sophea hari ini.

Siapa lelaki tu? Kenapa aku macam pernah nampak dia sebelum ni? Haihh. Buntu.

Pening asyik memikirkan tentang lelaki misteri itu sehingga Razil disebelah menongkat dahu memandangnya pun dia tidak perasan. Khayal dalam dunia ciptaannya.

Razil memandangnya tidak puas hati. Aku yang handsome ni dia tak pandang? Seriously? Bidas hati Razil.

Hatinya membara tapi disorok hanya segaris senyuman dipamerkan. Masih khayal? Haih mengeluh dirinya.

"Ehem" dia berdehem untuk mendapatkan perhatian Sophea yang dari tadi mendiamkan diri.

"Baby girl.." lemak merdu suaranya dilontarkan semanis mungkin untuk mengumpan si gadis.

Diq tersentak lalu memandang susuk tubuh dihadapannya yang tersenggih sumbing memandang kearahnya. Bila dia ada dekat sini?

Terkerut kerut dahi nya melihat Razil didepannya ini.

"Baby girl fikir apa tuh ? Sampai abang dekat depan ni ada pun tak perasan?" Ujar Razil manis semanis madu.

Haih boleh jatuh cinta aku macam ni. Gumam Sofia.

Bukan dia tidak menyukai Razil tapi dia hanya menganggap Razil sebagai seorang rakan padanya tak akan lebih daripada itu.

"Abang?"

Pelik Sofia apabila Razil membahasakan diri nya sebagai 'abang'. Selama ini, 'i,you' sahaja. Jin apa yang tiba tiba masuk ke dalam badan dia ni? Pelik la.

"Ye la abang. Kenapa pelik sangat ke baby girl?" Senyuman menggoda nya mula diukir untuk menambat hati si comel tapi sayang jika dia tahu si gadis sudah menyukai orang lain.

Pasti dia kecewa tapi? Tidak mungkin kerana Razil seorang playboy antarabangsa.

"Zil, sejak bila awak ada depan saya ni? Sorry, saya just fikirkan Qayla. Dari tadi tak sampai sampai, saya risau." Tutur nya jujur.

Memang dia sedang risau kerana Qayla tidak sampai sampai lagi tambahan pula si miang ada didepan nya sekarang ini bertambah lah risau dan gerun dihati.

Razil hanya memandang tepat kearah Sophea yang tidak keruan dihadapannya ini. Senyuman sumbing tecalit diwajah tampan Razil. Geli hatinya melihat telatah gadis itu.

Gadis pujaan nya.

Jujur dia suka melihat gadis ini hari hari. Seperti pelengkap harinya.

"Baby girl malu ke dengan abang?" Duganya lagi ,niat dihati mahu menyakat si gadis. Tapi dibalas dengan jelingan maut.

Amboi garangnya.

"Zil, sudah la tu. Saya tak selesa lah kalau awak asyik panggil saya macam tu."selembut mungkin alunan suaranya dia tidak mahu Razil terasa tapi dia perlu utarakan ayat itu kerana dia betul betul tidak selesa.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now