Dia menulis sesuatu pada buku diarinya. Dicoretkan idea menulis didalam buku itu. Tiada siapa yang tahu apakah yang bermain difikirnya. Dia berada didunia khayalan ciptaan mindanya. Kosong. Tiada apa-apa."Haih." mengeluhnya perlahan.
Sudah tinggal beberapa bulan sahaja lagi dia hendak berangkat jauh. Dimana tempatnya, tuan empunya badan sendiri tidak tahu.
Dengan segulung sijil SPM yang dia ada. Dia sendiri tidak tahu kemana arah tuju kehidupannya selepas ini. Baru sahaja beberapa minggu menggambil keputusan peperiksaan SPM, dia sudah pening.
Hampir setahun menolong Qayla mencari cinta hatinya, Syed Aeden. Tetapi tidak menampakkan hasil. Malahan mereka pergi ke rumahnya.
Namun setiap kali mereka datang, tubuh si gerangan itu pasti tiada. Mungkin dia sudah keluar. Maklumlah, lepasan SPM kemungkinan besar dia pergi ke kelas atau pergi bertemu rakan-rakannya.
Sophea sendiri hairan, mengapa? Kenapa dia bersungguh-sungguh menolong Qayla?
Hanya untuk menolong Qayla mendapatkan Syed Aeden kembali, Sophea tumpang gembira bila dia membayangkan wajah rakannya itu tersenyum lebar jika dapat bertemu kekasih hati rakannya itu. Namun hakikatnya tiada siapa tahu tentang perasaannya ketika itu.
Dia sendiri tidak pasti, dia tidak mahu berharap. Adakah perasaan cinta? Atau sekadar minat? Dia sendiri tidak tahu.
"Sophea." panggil seseorang di belakangnya.
Lantas dia menoleh, "oh! awak." senyuman nipis dicalitkan pada riak wajahnya.
"Buat apa seorang dekat sini? Tak takut kena culik ke?" Razil menegaskan suaranya ala-ala ingin menakutkan si kecil itu.
"Awak ni kan. Boleh tak jangan cakap bukan-bukan." marah Sophea, muncungnya ditarik kedepan. Tergelak Razil melihatnya.
Fikir comel lah tu. omelnya didalam hati.
"Mana ada aku cakap bukan-bukan, tapi aku cuma ingatkan saja. Kau tu dah lah perempuan. Kan bahaya duduk seorang kat taman ni." Suaranya ditegaskan, bukan niatnya untuk memarahi gadis itu tetapi dia menegur dan juga risau.
"Ala, macam la ada orang nak culik saya. Kalau jual pun mana ada laku." selamba Sophea berseloroh sambil menutup buku diarinya itu.
Razil memandang gadis itu tidak puas hati. Lantas menggambil tempat duduk disebelah Sophea.
"Siapa cakap tak laku?" sahaja Razil berkata begitu. Dia hendak melihat riak wajah si kecil.
"Saya yang cakap, kenapa?" seloroh Sophea lagi.
Razil mengecilkan matanya. Kecil besar, kecil besar ja aku tengok budak ni. Geram betul Razil apabila gadis itu seolah-olah tidak memperdulikan kata-katanya.
"Laku je kalau dekat aku. Lebih baik kau jadi isteri aku daripada tengok kau kena beli dengan orang lain.." Razil menghentikan ayat-ayatnya dan memandang anak mata Sophea yang dari tadi menundukkan kepalanya dari bahagian tepi.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
RomanceSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...