𝟎𝟓

188 19 1
                                    

Syed Aeden masuk kedalam pusat sumber cristal SMK Victoria dan terus menuju kearah rak buku

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Syed Aeden masuk kedalam pusat sumber cristal SMK Victoria dan terus menuju kearah rak buku. Akan tetapi dia terasa pelik dengan suasana perpustakaan itu, segera dia menoleh kearah kiri dan kanannya.

Tiada? Gumamnya.

"Haih, tak de pula? Selalunya sibuk sangat ikut aku kemana-mana je?" gumam Syed Aeden.

Biasanya Sophea and the gang akan sibuk mengendap dan mengikutnya di mana sahaja dia berada. Umpama stalker!

"Bila dia tak ada baru kau sibuk nak cari kat mana dia?" soal Wan sinis. Tiba-tiba sahaja muncul disebelahnya tanpa memberi salam.

Baru nak terhegeh hegeh cari! Masa orang minat tak nak pula terima. Biar padan dengan muka. Sempat lagi Wan mengumpat Aeden dalam hati.

"Apa yang kau cakap ni? Aku cuma pelik je! Biasanya dia ada je sibuk ikut aku. Itu je." terang  Aeden dan terus mengambil satu bahan bacaan di dalam rak untuk dibaca.

"Memanglah! Dulu kau tu jual mahal sangat tengok sekarang dia dah blah" ujar Wan lagi sambil membelek helai buku kimia yang diambilnya.

Berkerut dahi Aeden mendengar kata kata Wan. Blah? Dia pergi mana? Soal Aeden dalam hati.

"Budak tu dah pindah sekolah." terang Wan tanpa memandang Aeden. Matanya masih terarah pada nota didalam buku yang dipegangnya itu.

Dahi Aeden berkerut mendengar pernyataan Wan. Pindah?

"kenapa tiba-tiba pula pindah?" tanyanya setelah sekian lama dia mendiamkan diri untuk memproseskan kata-kata Wan tadi.

Wan memandang rakannya dengan pandangan terkejut. "Takkan kau tak tahu, bro? Sebab kes buli yang baru-baru ni lah." terangnya. Buku di tangannya itu diletakkan semula ke dalam rak.

"Mana kau tahu?" tanya Aeden.

Wan menepuk dahinya. Kenapalah kawan aku ketinggalan sangat.

"Kau ni, tak kan kau tak tahu cerita pasal Hani dan Bella budak daripada kelas sebelah kita yang kena buang sekolah bulan lepas?" soal Wan geram.

Aeden menganggukkan kepalanya.

"Kau tahu tak puncanya apa?" soal Wan lagi.

Dia menggelengkan kepala. "Entah lah, aku bukannya kesah pun. Bukan hal aku." lantas meneruskan membaca buku yang berada di tangannya.

Kaki dia mula melangkah mencari tempat duduk. Penat dia asyik berdiri. Sambil itu dia mendengar apa yang Wan gosipkan.

"Kau ni tinggal dekat gurun ke berapa? Kes budak batch sendiripun tak nak ambil tahu." marah Wan yang sedang mengikutnya duduk di tempat yang kosong itu.

"Teruskan," kata Syed Aeden sepatah.

"Okay, ceritanya macam ni. Hani dengan Bella tu jealous dekat Sophea sebab katanya dia pegang tangan Farisz." kata Wan bersungguh-sungguh.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now