Pintu bilik dibuka dari luar. Coat putihnya dibuka yang dipakainya lalu disangkutkan pada penyangkut di penjuru bilik itu.
Beg sandangnya diletakkan diatas meja kerjanya. "Huhhh... " keluhan berat dilepaskan. Jam tangannya di tilik menunjukkan pukul 9 jam setengah pagi.
Macbooknya dikeluarkan, masa untuk dia mulakan kerjanya. IPhone nya dikeluarkan dari beg sandangnya. Pintu biliknya diketuk dari luar.
"siapa?" soalnya.
Pintu dibuka dan terpapar wajah Aisya dengan senyuman. Sophea juga tersenyum melihat rakan sekerjanya itu. "Hi, Doctor Sophea Nadine. Bila balik ni?" tanya Aisya sejurus dia memasuki bilik pejabat Sophea.
"baru balik semalam." jawabnya bersahaja sambil bergerak kearah rak yang terdapat beberapa susunan fail. Lalu dia bersandar pada rak sambil memandang Aisya yang sudah duduk di kerusi hadapan meja kerjanya.
Aisya hanya menangguk lalu menghulur secawan kopi kepada Sophea. "Ice Americano." kata Aisya, Sophea sudah tersenyum lebar menyambut huluran Aisya.
"Thanks Sya." ucapnya sebelum dia membaca basmallah lalu menyedut kopi tersebut melalui straw.
Aisya melihat cincin yang tersemat rapi pada jari manis milik rakan sekerjanya itu. Kopi diletakkan pada mejanya, lalu Sophea tersenyum selepas minum. Dia melihat Aisya yang merenung kearah tangannya memandang ke tempat tersebut.
Dan Cincin pertunangannya itu yang menjadi tatapan. Sophea mengeluh perlahan sebelum membuka cincin itu lalu diletakkan pada permukaan meja.
Aisya yang melihat perubahan Sophea mula membuka suara. "kau tak happy ke pia?" olahnya. Dia mengangguk lantas mengeluh kasar. Dahinya dipicit sedikit, pening.
"kau yakin ke nak teruskan rancangan tu?" soal Aisya lagi.
Kedua-dua bahu Sophea diangkat. "Sya.. Aku kalau boleh.." belum sempat dia menghabiskan percakapannya, iPhonenya sudah berdering menandakan ada yang menghubungi.
Lantas phone itu diambil, kedengaran suara pemanggil di sebelah talian.
"ye, Hello? Dr. Sophea sedang bercakap." jawabnya dengan suara yang mesra.
Kedengaran tiada suara pada pemanggil lantas Sophea melihat pada permukaan skrin iphonenya itu.
Puan Saidatul Fatimah.
"Hello? Puan Fatimah?" panggilnya lagi. Aisya memandang kearah Sophea yang sudah berkerut keningnya. Kopinya diambil lalu disedut. Sedap!
"Dr. Sophea kan?" jawab si pemanggil. Makin berkerut dahinya apabila kedengaran suara lelaki yang asing baginya. "iye, saya. Maaf ya encik tapi.."
"datang ke rumah Saidatul Fatimah sekarang! I need your help, doc." celah si pemanggil lalu memutuskan talian. Suaranya kedengaran seperti cemas. Sophea terus menyimpan phonenya kedalam beg sandang.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
Lãng mạnSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...