𝟐𝟕

98 0 0
                                    

"Tahniah!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Tahniah!"

"Selamat pengantin baru Sophea."

Ucapan yang sering dia dengari seharian ini. Penat dia seharian ini, begitu juga lah esok ketika majlis perkahwinannya yang akan diadakan di belah lelaki, bagi pihak Aeden.

Sebut tentang Aeden pula, entah kemana suaminya itu pergi. Habis sahaja majlis jangan kata sekunjur tubuh, batang hidung pun tidak kelihatan. Pagi tadi di mana satu keindahan bagi Sophea, setelah dia di lafazkan akad dan sudah sah menjadi seorang isteri.

Keindahan yang bertahan beberapa jam sahaja apabila dia sedar Aeden tidak pernah menganggapnya sebagai seorang isteri. Bagaimana dia tahu? Lihat sahaja wajah suaminya, biarpun mulutnya tidak membuka bicara namun raup wajahnya tidak bisa menipu.

Tampak benar kedudukan isteri itu bukan untuk dirinya. Ianya hanya untuk seorang gadis yang dicintai oleh Aeden. Iaitu, Qayla Meirose.

"Meowww."

Bunyi panggilan dari Carla mematikan lamunannya. Tubuh berbulu gebu itu didukungnya, lalu di usap kepalanya lembut. "Carla, hari ni akak dah jadi isteri orang. So, you have another brother! Do you like it, Carla?" dibuat buat teruja lunak suaranya.

Wajah Carla dilihatnya penuh minat. Menunggu jawapan si kucing. "meoww!" Sophea tersenyum suka dengan telatah anak kucing gebunya.

Klak!

Tubuhnya dibalikkan ke belakang. Terkejut dengan bunyi pintu di kunci. Mujur dia tidak menjerit.

"Ah, sorry. Aku tak tahu kau dekat dalam." ujar Aeden, diperhatinya Sophea yang berada di seberang katil dengan kucing didukungnya. Kini anak mata biru nya terarah pada sehelai kain yang masih menutupi kepala isterinya itu. Ya, Sophea masih memakai tudung biarpun dia sudah menukar pakaian kepada baju tidur berlengan panjang.

Bagasi diletakkan sebelah katil pengantin. Sophea hanya memerhati kelakuan Aeden. Jam tangan diletakkan diatas meja solek begitu juga songkoknya. Zip bagasi itu dibuka oleh Aeden tanpa sebarang suara.

"Awak nak mandi ke?" soalnya. Mematikan suasana yang agak janggal itu. Entahlah, beginikah rasanya apabila sudah sah menjadi suami isteri? Sejanggal ini kah?

Aeden tidak menjawab juga tidak menoleh kearah Sophea yang berada agak jauh dari kedudukannya. This is so awkward! Bentaknya. Tuala dan pakaian di dalam bagasi dikeluarkannya. Lalu dia bergegas masuk kedalam bilik air. Malas hendak berlama-lama disitu.

Bunyi dentuman pintu bilik air ditarik dengan kuat. Tersentak Sophea jadinya. Dadanya diurut sedikit, terkejut dia jadinya. Bunyi shower dibuka kedengaran. Sophea memerhati pintu bilik air itu dengan jelingan. "Wah orang tua ni, nasib baiklah awak tu laki saya tau. Kalau tidak .....!"

Macam nak tercabut jantung aku dibuatnya. Bentak hatinya.

"Qay, kalaulah kau yang jadi isteri Aeden. Mesti dia layan kau baik-baik je kan? Dia takkan layan kau macam ni, sebab dia sayangkan kau."bisiknya pada diri sendiri.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now