𝟐𝟎

136 3 0
                                    

"Eh, Pia! " Sophea mengangkat wajahnya memandang kearah Haireen

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh, Pia! " Sophea mengangkat wajahnya memandang kearah Haireen. Kening kirinya terangkat sedikit bersama senyuman dibibir.

"Alang-alangkan, aku nak pergi book store lah. Kau nak ikut tak?" terang Haireen sambil memasukkan cheesecake yang dibelinya kedalam mulut. Sedap! gumam dirinya.

Di samping itu, Sophea masih lagi memikirkan tentang perkara itu. Hurm, Book Store eh? bolehlah kalau macam tu. Desisnya.

"Boleh juga, aku pun dah lama tak penuhkan rak novel aku." selambanya sambil menyuap makanannya kedalam mulut. Tergelak Haireen dibuatnya.

Perangai dari dulu sehingga sekarang masih sama. Pencinta Novel lah katakan.

"Kau ni memangkan! tak habis-habis dengan novel kau tu." gelaknya lagi. Malah makin kuat kedengaran apabila melihat wajah masam itu. Garfu yang dipegangnya itu di letakkan diatas pinggan kecil yang masih ada makanan. kedua-dua tangannya disilangkan antara satu sama lain.

"Hello cik Haireen, aku ni ada prinsip. Kau pun tahu macam mana aku suka sangat dengan novel."

"sebab aku tahulah. Kau memang takkan habis dengan novel kau tu. Maklumlah pencinta novel kan atau pun lagi senang , KAKI NOVEL! haa, itu lah engkau." bebel haireen dengan senyuman jahatnya. Kek dimasukkan kedalam mulutnya lagi.

"Eleh! Kira okay lah. At least, aku baca buku-buku tu. bukannya aku buat perhiasan atas rak tu semata-mata." jawab Sophea tidak mahu kalah.

Bangga benar dengan koleksi Novel di rumahnya itu. Haireen hanya menggelengkan kepalanya. Terdetik ketika itu, dia memandang Sophea dihadapannya.

"Wedding kau macam mana ? Dah ada tarikh ke?" soalnya ingin tahu, makanannya di tolak ke tepi sedikit. Sudah kenyang!

Sophea tergamam. Tangannya yang hendak menyuap potongan kecil kek kedalam mulutnya itu terhenti sendiri. Garfu yang dipegang diletakkan diatas pinggan kecil itu. Kesedihan tidak dapat disembunyikan di wajahnya. Haireen sudah terkejut melihat perubahan Sofia.

"Pia kau kenapa ni?"

"aku nak batalkan wedding tu."

"tapi kenapa?" Terkejut Haireen mendengar jawapan dari mulut Sophea.

"kau tahu sebabnya Areen. Cuma aku tak ada bukti untuk tunjukkan dekat parents aku dan Zil." dia hanya berlagak biasa, dia tidak perlu rasa sedih untuk perkara ini. Dia harus tetap kuat walaupun hakikatnya dia tidak mampu.

"kau dah tak cintakan zil ke? Bertahun-tahun kau orang bercinta bukannya sehari dua. Kau kena fikir betul.."

"dan bertahun tahun juga lah dia tipu aku. Cukup aku bertahan selama ni, aku tak nak teruskan hidup dengan keadaan ni."

lantas dia memotong percakapan Haireen, anak mata milik rakannya itu dipandang. Haireen memegang pergelangan tangan kanan milik Sophea lantas digenggam memberi kekuatan.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now