Biarkan saya menjadi penunggu di dalam gua cinta awak
"Babe!" Jeritan dan pelukan dari Qayla, menyedarkan diri Sophea. Hilang gugupnya seketika. Senyuman di pamernya.
Lama tak jumpa gadis dihadapannya. Pelukan dibalasnya dengan erat. "How's your flight?" Soal Sophea.
"Ugh! Penat tau!" Mana tidaknya, berjam jam dia duduk dekat kapal terbang. Naik kebas punggung dia.
Sophea tertawa melihat reaksi Drama Queen itu. Sama sahaja, perangai masih tidak berubah. Masih Qayla Meirose yang sama. Happy go lucky and overacting drama queen.
"Kau apa cerita? Mana cik hubby?" Usik Qayla, dalam sengihnya.
Bibir Sophea terukir sumbing. Cik hubby tu la ex kau, Qay. Tiada balasan dari Sophea.
"Dia tak ikut ke? Baru nak kenal.." sambung Qayla lagi.
Senyum Sophea lalu melepaskan tawa perlahan. "Risau kau terkejut je nanti.." balas Sophea sambil mengambil tempat duduk di dalam restoran itu.
Qayla mengambil tempat di hadapan Sophea itu mengerut dahi. "Asal? Kau kata dia handsome, tinggi, helok but mulut je la kureng sikit" bebel Qayla, hairan.
Betul la tu. Cuma takut kau kena heart attack je tengok suami aku tu, ex yang kau sayang sangat dulu. Bisik Sophea sendiri.
"Ha betul la tu. Mulut dia tu main lepas je." Kutuk Sophea, geram. Amboi Sophea, kutuk suami sendiri nampak?
"By the way, apa cerita Razil?" Sengaja Qayla mengubah topik. Takkan dia hendak menyoal tentang suami rakannya itu sahaja.
"Entah." Jawapan yang singkat.
"Serious lah, pia."
" Aku tak amik tahu pasal dia." Ringkat, Tepat dan Padat.
Qayla menjeling Sophea yang tidak endah dengan soalannya. Main main la dia ni! "Menyampah lah aku." Tangan di silang pada dada, muka nya memainkan peranan.
"Ahad depan wedding dia." Ya, dua rakan nya akan melangsungkan pernikahan tidak lama lagi. Sedang menghitung hari bahagia.
Qayla ternganga. Cepatnya. Melihat itu, Sophea membuka mulutnya. "Sebelum nampak bentuk, Qay." Ringkas sahaja namun dapat difahami maksud itu Qayla.
Ada betulnya, lebih baik mereka mempercepatkan majlisnya. Untuk kebaikan mereka juga.
"Tapi aku still tak puas hati." Jawab Qayla, sambil merengus. Sophea hanya memerhati dengan keliru.
Kenapa? Bisiknya.
"Yela, perempuan jenis apa si Qila tu. Kawan punya pun nak kikis, dengan cara kotor pula tu." Akhir katanya disambung dengan bunyi decitan. Menunjukkan rasa ketidakpuasan hatinya.
"Dasar tak guna, kawan makan kawan!" Tambah Qayla lagi. Bengis benar wajahnya.
"Aku pun buat benda yang sama dekat kau, Qay." Bisik Sophea pada diri sendiri, cukup hanya dia sahaja yang dengar.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
Lãng mạnSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...