Biarkan saya menjadi penunggu di dalam gua cinta awak
Kediaman mewah ini diperhati, setiap penjuru setiap perabot yang tersusun di tiliknya. Cantik, nampak elegant. Pandai dia hias rumah. Puji Sophea ikhlas.
"Sudah sudah la tenung rumah ni. Nanti kau tawaf la rumah ni" ujar Aeden yang melepasi dirinya.
Cis, orang tua ni memang lah. Tak boleh langsung tengok hidup dia senang ke? Desir nya dalam hati.
"Elok sangat la tu mengata laki. Banyak dah pahala sampai nak kumpul dosa pula?" Bidas Aeden, wajah isteri dijeling hujung anak matanya.
Bukan dia tidak sedar wajah basi isterinya. Mengumpat pasal aku la tu.
Sophea menjeling biji matanya. "Memang mulut cili api betul!" Menyampah!
Dia mengikut langkah Aeden dari belakang. Luggage diangkat, sang suami tidak mempelawa diri untuk membantu Sophea. Sedangkan Aeden nampak sahaja struggle Sophea mengangkat bagasi yang besar itu sambil mendaki tangga.
Dia buat bodoh je. Memang naturalisasi dia macam tu.
Klak. Pintu bilik dibuka. Sophea di perhatikan. Termengah mengah gadis itu mencari nafas, penat.
"Ni bilik kau. Sebelah tu bilik aku."
Kening Sophea berkerut. "Kita tak share bilik?" Soalnya hairan.
"Rumah aku punya besar, ada banyak bilik, nak share bilik buat apa?" Jawab Aeden, bersahaja.
"We married, Aeden."
"Oh, really?" Tanya Aeden dengan sinisnya.
Sophea melihat reaksi Aeden itu mengeluh perlahan. Faham sungguh dengan perangai si suami. Terkaku tubuhnya apabila wajah suaminya menghapus beberapa inci di hadapan wajahnya.
"Hear this and remember it, Nadine"
"We married? Yes, we are. But on paper, for me. I never want this marriage." Sambung Aeden, dia memerhatikan anak mata bundar Sophea. Cantik, dia tidak nafikan itu.
Tapi sayang, isteri dihadapannya tidak memiliki tempat dalam hidupnya mahupun di hatinya.
"Hanya atas kertas, Nadine." Tekannya lagi. Dia hendak Sophea tahu hati dia bukan untuk gadis yang dinikahinya itu.
"Tapi.." gugup Sophea rasa. Mata kebiruan suaminya memukau, lidahnya kelu. Malah hatinya terasa ditoreh dengan kata kata Aeden.
"Let's not involve affection in this marriage, Nadine" Aeden menekankan lagi kata katanya. Kedengaran amaran di sayup pendengaran Sophea.
"Awak kejam." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut Sophea. Perasaan dia bercampur baur, dia tidak mahu mulut nya mengeluarkan kata kata yang kelak dia akan menyesal.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
Lãng mạnSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...