Biarkan saya menjadi penunggu di dalam gua cinta awak
Di dalam pejabat AerDernt Co. yang sunyi namun sarat dengan tekanan, Aeden duduk di meja kerjanya, memandang tumpukan dokumen yang makin menggunung. Baru beberapa hari dia bercuti menjaga Sophea yang kurang sihat, tetapi itu sudah cukup untuk menjadikan kerjanya bertambah berlipat kali ganda. Beberapa hela nafas dihela, namun dia tidak mahu masa terbuang lagi. Di meja sebelah, Dayan, pembantu peribadinya, tekun menaip laporan yang perlu diselesaikan segera, manakala Wan, COO AerDernt Co., sedang mengatur fail-fail di atas meja dengan wajah penuh kerisauan.
"Bro, ni projek dengan GlobeLink ni," Wan buka mulut, menyerahkan fail kepada Aeden. "Diorang tak nak tunggu lagi dah. Minta final minggu ni. Kalau kita tak dapat siapkan, diorang akan consider nak tarik diri."
Aeden pandang fail di hadapannya dengan dahi berkerut. Dia tahu betapa pentingnya projek ini. "Serius lah? Diorang baru je hantar draft, mana sempat kalau nak finalize dalam seminggu. Takde ruang langsung untuk extend deadline?"
Wan menghela nafas, menggeleng. "Aku dah cuba slow talk, tapi diorang tak nak dengar. Macam ada yang tak kena. Pressure ni datang dari HQ diorang. Mungkin ada internal isu yang kita tak tahu."
Dia tahu tekanan yang dihadapi semua orang dalam pejabat sekarang, lebih-lebih lagi selepas dia mengambil cuti beberapa hari.Aeden mengangguk kecil, memahami. Dia mula menyusun strategi, dalam kepalanya mencari cara untuk percepatkan kerja-kerja team mereka.
Belum sempat dia memberikan arahan, Dayan yang sedang menyiapkan laporan tiba-tiba menerima panggilan. Riak wajah Dayan berubah serius sebaik saja mendengar maklumat yang disampaikan. Nada suara panggilannya saja sudah membuatkan Dayan berasa cemas. Setelah beberapa saat bercakap, Dayan menoleh kepada Aeden.
"Tuan Aeden... saya terima panggilan dari cawangan Singapura," kata Dayan dengan nada berhati-hati. "Klien tetap kita di sana... mereka dah tarik diri."
Aeden berhenti sejenak, memandang Dayan dengan wajah tak percaya. "Tarik diri? Maksud you projek tu terus dibatalkan?"
Dayan mengangguk, kelihatan sedikit cemas untuk menyampaikan berita buruk seterusnya. "Ya, Encik Aeden. Dan menurut mereka, ada syarikat lain dari luar yang datang masuk pasaran, ambil alih terus kontrak yang kita pegang tu. Klien tu sekarang dah officially kerja sama dengan syarikat lain tu...dari Canada."
Aeden menarik nafas panjang, cuba menahan perasaan. "Syarikat dari Canada?" Dia pandang Wan, yang nampak lebih bingung dari sebelumnya. "Kau pernah dengar pasal company ni?"
Wan menggeleng. "Takde, bro. Aku pun tak tahu siapa diorang ni. Macam tiba-tiba muncul dan terus libas kita. Yang aku heran, diorang ni tahu semua detail kontrak kita, syarat-syarat pun dia orang tawarkan better dari kita sampai klien lari."
Wajah Aeden berubah, dia bangkit dan berjalan ke tepi tingkap, melihat keluar seketika. "Kita ada backup plan untuk klien ni tak, Wan?" tanyanya tenang, namun jelas menahan perasaan tegang.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
Lãng mạnSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...