𝟏𝟎

166 11 0
                                    

         Jam tangan diatas meja diambil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




         Jam tangan diatas meja diambil. Senyuman tidak lekang dibibir. Tersenyum bahagia. Minyak wangi disembur pada leher dan badannya. Ditelek wajahnya dihadapan cermin.

Dia keluar dari biliknya dan bergegas menuruni anak tangga. Bersiul dia keriangan. Hari ini dia hendak pergi temu janjinya bersama gadis idaman.

Ting. Satu notifikasi masuk.

SOPHEA NADINE
Online

Awak, saya minta maaf tapi saya ada hal.kita keluar lain kali ye? Maaf awak.

Muram terus muka Razil. Dia baru sahaja bercadang hendak membawa Sophea berjalan-jalan. Keluhan berat dikeluarkan. Tidak mengapalah bukan rezekinya kali ini.

Terus dia mencampakkan kunci keretanya diatas meja kopi diruang tamu itu. Kakinya laju melangkah ke tingkat atas, lantas laju memboloskan diri dalam biliknya.

Dia menghempas dirinya diatas katil empuknya sambil memandang kosong kearah siling biliknya.

"Sophea Nadine." nama gadis idaman itu keluar dari bibirnya. Terlalu rindu. Itu yang dia rasakan ketika ini. Tuhan sahaja tahu bertapa rindunya dia pada si gadis.Tangannya mengeluarkan handphone miliknya dan aplikasi galeri dibuka.

Gambar si gadis kecil sedang ketawa sambil menutup mulut. Diusap-usap gambar tersebut. Rindu tidak terkata. Benarkah begini rasa orang jatuh cinta? Pertama kalikah dia berasa begitu?

Entah, dia sendiri tidak tahu. Dia mematikan phonenya dan diletakkan disisinya. Perlahan-lahan dia menutup mata. Bosan berseorangan dirumah. Rumah itu seperti tiada penghuni. Semua orang sibuk berkerja. Meninggalkan dia kesunyiaan seorang diri.

"Haih." keluhnya. Dia cuba menutup matanya.

Kring. Kring. Kring.Ringtone handphone berbunyi. Dia menekan answer button.

"Hello." sapanya malas.

"Waalaikumussalam, Zil." suara si kecil didalam talian. Razil yang sedang baring itu terus duduk tegak. Dia melihat screen phone nya tertera nama si manja, Sophea.

"Ha, kenapa call aku? Rindu ke?" Razil mengawal suaranya agar tidak berbunyi seperti dia teruja. Mana tidak teruja? Si gadis idaman call. Senyuman tidak lekang dibibirnya.

"Perasan! Mana ada saya rindu. Tak ada masa nak rindu awak." kata-kata si gadis itu diakhiri dengan gelak tawa halus. Tersenyum Razil keseorangan.

"Ye lah tu. Ada apa kau call aku ni?" Razil menggigit bibir bawahnya. Dia berharap agar si gadis itu ingin berjumpa dengannya. Tolong lah.

"Boleh tak awak teman saya?" pinta si comel di dalam talian. Razil menggenggam tapak tangannya. Yes! Seronok dia bila mendengar ayat daripada Sophea itu.

"Ha, teman pergi mana?" suaranya dikawal, macho.

"Awak teman saya balik kampung tok saya boleh?" pinta si gadis. Razil mengerutkan dahinya. Kampung? Dia tidak pernah pergi ke mana-mana kampung kerana dia lahir dibandar dan keluarga dia juga begitu.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now