𝟑𝟐

87 0 0
                                    

Biarkan saya menjadi penunggu di dalam gua cinta awak

Biarkan saya menjadi penunggu di dalam gua cinta awak

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                  Pasang surut. Ya. Begitulah kehidupan Sophea dilayan oleh Aeden. Sekejap baik, sekejap tidak. Kadang bermanja, kadang bertikam lidah. Baran Aeden? Masih sama, tapi mampu dikawal.

Kadang sahaja lah.

"Nadine," panggil Aeden. Dia memerhatikan si isteri di sofa bertentangan dengannya.

"Hurm?" Sahutnya. Tak mahu bertentang dua mata dengan si suami. Cukup lah derita dan sakit yang di tanggungnya. Sudah cukup.

Tangan Aeden sepertinya hendak menggapai tangan kecilnya, yang penuh kesan luka dan lebam, di larikan tangannya dari di sambut. Pantas.

"Sini.." keluhan Aeden kedengaran keras. Dia yang menyakiti, dia yang memaksa.

Takut takut Sophea hendak mengikut arahan sang suami, namun lagi yang di gerun apabila Aeden bertindak luar jangkaan nya lagi. Lantas, tangan itu dihulurnya perlahan lahan.

Merengus Aeden melihat ketakutan Sophea, tangan kecil itu ditariknya laju tanpa dia sengaja perbuatan tersebut menyakiti si isteri.

"arghh.." meringis sakit Sophea di buatnya. "Jangan sakitkan saya.."

Aeden terus mengulas permukaan tangan yang dikasarinya. Tubuhnya menghapuskan jarak antaranya dan Sophea. "maaf sayang.." katanya lembut, perlahan tidak didengari Sophea.

Dalam gugupnya, dia memandang gadis itu. Maaf, Nadine. Jujurnya. Sempat dia berdehem sebelum bertutur semula. "Sini minyak tu. aku cucikan." Arah dia.

Tanpa banyak bunyi, Sophea hanya mengikut sahaja. Minyak serta kapas dan juga detol diberikan kepada Aeden. Dia hanya mendiamkan diri. Takut hendak bersuara.

"Tahan sikit. Aku nak cuci luka kau ni." Ujar Aeden.

Alangkah baiknya, kalau Aeden tidak bertindak sesuka hatinya tadi.

Sophea masuk kedalam biliknya untuk menjemputnya makan malam bersama. Dia pula bersetuju, dia meminta masa untuk membersihkan diri sebelum turun.

"Kau turun lah dulu." Tuala di sangkut pada bahunya, pintu bilik air ditutup rapat.

Sophea masih tidak berganjak dari bilik tidur tersebut, saja hendak melihat bilik itu. Teralih pemandangannya pada laptop dan kertas kerja yang berselerak di atas katil itu.

"Dia ni, meja ada taknak guna." Bebel Sophea sambil menyusun documents dan kertas kerja itu dengan rapi.

Dalam sibuk mengemas, di balik helaian kertas itu terdapat sekeping gambar. Dengan rasa ingin tahu, dia mengambil gambar tersebut.

Anak matanya berubah, sama seperti wajahnya berubah sedih. "Qayla.." sekeping gambar Qayla dan suaminya, Aeden sedang mengpamerkan senyuman pada satu sama lain.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now