𝟐𝟓

87 1 0
                                    

"keluar! Aku tak ada anak biadab macam kau!"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"keluar! Aku tak ada anak biadab macam kau!"

"Tak perlu nak halau Sya! Memang ini yang Sya nak dari dulu!" bentak Aisya, dia menarik beg rodanya mendekati pintu utama rumah agam itu. Sakit hatinya!

"Abang sudah lah tu! Sya jangan macam ni." pujuk rayu ummi nya tidak di endahkan.

Tangan wanita tua itu menggenggam tangannya erat, tidak mahu dilepaskan. Dia tidak mahu anaknya pergi, satu-satu anak gadisnya. Air matanya sudah mengalir.

"Tolong Sya.. Jangan tinggalkan ummi." rayunya lagi.

Aisya berbelah bahagi namun matanya terarah kepada bapanya yang menunjukkan riak wajah berang ya sambil di tenangkan oleh Syed Aeden Fayyadh, abang.

Benci benar lelaki itu dengannya.

Kini, dia nekad. Dilepaskan tangan umminya. "U-ummi S-Sya.." air mata wanita yang melahirkannya dihapuskan dengan ibu jarinya.

"Apa yang kau tunggu lagi?! Berambus!" tengking Tuan Syed Aimmuddin. Tadi nak keluar sangat, keluar lah! Syed Aeden pula menahan tubuh bapanya dari terus mendekati adik perempuannya.

"Abang enough! Ini anak kita!" marah Puan Saidatul Fatimah sambil mengerling tajam pada suaminya.

Melampau!

"Aku tak ada anak macam dia!" balas suaminya itu.

"Abah, stop it." katanya, dengan menahan lelaki itu. Jika dilepaskan mungkin sesuatu yang akan mengeruhkan lagi keadaan berlaku.

Air mata Aisya mengalir deras. "Sya benci abah!" bingit jeritan itu didengari. Benar-benar dia terasa dengan kelakuan bapanya itu.

I'm sorry, ummi. Ujarnya dalam hati.

Dia terus menarik tangannya apabila Puan Saidatul Fatimah ingin mencapai semua tangannya. Dia kena berkeras kali ini. Beg itu ditarik lalu bergerak mendekati kereta kepunyaannya.

" Sya! No Sya!" rengek Puan Saidatul Fatimah, suaminya benar-benar kejam! Ingin dia mengikut langkah anak gadis ya keluar dari kediaman itu.

Pegangan Syed Aeden terlepas, apabila bapanya bertindak mendekati umminya. Tubuh isterinya itu dipeluk erat dari posisi belakang. Dia tidak mahu isterinya mengejar anak yang tidak tahu mengenang budi itu.

"Biarkan dia pergi!" marah Tuan Syed Aimmuddin pada isterinya yang sudah berteriak apabila melihat kereta yang dipandu oleh aisya itu keluar dari kediaman tersebut.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now