𝟏𝟐

136 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"I miss you too. See ya next week!" nada suara Qayla menunjukkan bahawa dia amat teruja. Apabila dia sedar ada susuk tubuh seseorang di belakang, cepat-cepat dia mematikan telefon bimbitnya. Lantas dia membalikkan kedudukan tubuhnya. Razil!

"You buat apa duduk sini sorang diri?" tanya prihatin sambil berjalan kearah palang kayu itu dengan secawan air kopi ditangan.

Qayla mengurut dada, nasib baik cuma Razil. Dia ingatkan siapa lah tadi. Razil yang sedang mencicip air kopi yang masih panas itu diperhati.

"Call my dad, he said dia baru arrived and tunggu I balik." senyumnya.

Razil hanya menganggukkan kepala tanda dia faham. Matanya fokus pada suasana malam itu. Sungguh menenangkan. Setelah lama mereka berdua tidak mengeluarkan sepatah perkataan pun, Qayla berdehem.

"Zil.." panggilnya, Razil menoleh memandang Qayla sambil mengangkat kening. "What?" soalnya.

"kau suka pia?" tanya Qayla serius.

Razil pula sudah terangkat kening. Kenapa dia menanyakan soalan itu. Pelik. Soalan Qayla dibalas dengan senyuman kecil. Terus dia memandang kopinya.

Qayla pula tersenyum sumbing. Jadi betul lah!

"Why don't you tell her the truth?"

"She won't believe it, i know her well. She's not a kind of that.." kata-katanya terhenti.

Apabila susuk tubuh tiga orang anak dara datang kearah mereka. Dia dan Qayla serta merta menjadi bisu. Sophea datang membawa dulang air. Qila dan Areen pula membawa makanan untuk makan malam mereka.

"Wah, nampak sedap. Siapa yang buat ni?" tanya Qayla teruja. Mana tidaknya, ada macam-macam hidangan yang telah tersedia. Meja kecil di beranda rumah Haji Yunus itu penuh dengan makanan yang tampak menyelerakan. Penuhlah perutnya begini! Qila baru hendak membuka mulut tetapi..

"Si kecik ni yang masak, selebihnya kitorang yang tolong." jawab Areen lalu menyusun pinggan diatas meja itu.

Sophea hanya menggelengkan kepala, menidakkan jawapan Areen namun dia tidak perasan bahawa ada satu hati yang tersakiti menahan amaran jiwa.

"Wahh! Boleh jadi isteri orang dah si kecil ni!" usik Qayla, lalu pipi Sophea ditarik-tariknya geram. Sekadar mengusik.

Razil pula tersenyum gembira melihat Sophea tersenyum suka. Namun, anak matanya masih mampu memerhatikan satu susuk tubuh yang sedang menahan marah.

𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]Where stories live. Discover now