Razil duduk didalam pondok kayu dibawah pokok rambutan itu memandang keindahan sawah padi milik Haji Yunus. Tenang rasanya duduk dikampung tidak seperti dibandar yang selalunya sesak.
Terasa amat damai sambil menghirup udara segar. Matahari hampir menghilang, sunset yang amat cantik. Tidak dapat dirasai kenangan ini apabila dibandar. Kota yang sesak dengan manusia yang tidak putus-putus mencari kerja.
Sedang dia terleka melayan moment sambil menutup mata, ada seseorang memerhatikannya dari arah belakang tidak jauh dari tempat kedudukannya. Qila berjalan terus kearah Razil dan duduk disebelahnya. Razil masih tidak perasaan akan kehadiran Qila.
"Hai, zil." sapa Qila lembut.
Razil membuka kedua-dua matanya mencari suara yang menyebut namanya. Terkejutnya dia apabila rakan si manja ada disebelahnya.
Pikirnya Sophea yang menegur, baru sahaja dia hendak mengukir senyuman tetapi punah harapan. Sangkaannya terpesong. Senyuman kelat dihadiahkan.
"Yes? Kenapa kau dekat sini?" soal Razil, malas. Dia menolehkan wajah memandang sawah padi itu. Dia tidak berminat untuk bersembang dengan rakan Sophea itu.
Berkerut dahi Qila apabila Razil menanyakan soalan itu seolah-olah tidak suka dia berada dekat dengannya.
Jual mahal! Gerutu hatinya.
Namun, senyuman semanis madu ditonjolkan, berharap si jejaka cair dengan dirinya. "Saja je nak duduk sini. Tak tahu pulak you duduk sini. Alang-alang boleh kita sembang,kan?"
lembut sahaja lunak suara yang diutarakan. Razil memandangnya sekilas pandangan dan mengfokuskan kembali matanya pada sawah padi.
Sungguh dia tidak berminat hendak melayan rakan pada wanita pujaan hatinya itu ketika ini. Hendak dibandingkan Qila dengan Sawah padi untuk dipilih, tanpa berfikir sudah tentu dia memilih sawah padi berbanding Qila.
" tak ada apa yang nak disembangkan dengan kau." sepatah sahaja ayat yang dikeluarkan dari mulut Razil, telah meruntuhkan harapan di dada Qila.
Wah! Ini memang betul-betul jual mahal! Marahnya sendiri. Qila masih tidak berputus asa untuk bersembang dengan Razil.
Razil pula? Muka redanya sudah ditayang tapi gadis disebelahnya itu tidak mungkin akan faham bahasa.
Sementara itu, Qayla yang baru sahaja keluar dari rumah dua tingkat itu, kononnya mahu melihat sunset bersama-sama Sophea , melihat adegan yang menarik didalam pondok kayu itu.
Terbongkok-bongkok badannya mahu melihat sepasangan itu didalam pondok, Sophea yang mahu turun kehalaman rumah terkejut melihat Qayla terbongkok itu.
Gaya seperti hendak mengendap orang. Terhibur hatinya, idea nakal tiba-tiba muncul. Terjengket-jengket dia dibelakang Qayla.
SATU ! DUA ! TIGA !!
"Bahhh!" pinggang Qayla digeleteknya.
"Mummy!!" Terlompat Qayla apabila ada sepasang tangan mengeletek pinggangnya dan mengejutkannya. Hampir luruh jantungnya. Dia memukul bahu Sophea yang tergelak sakan mengenakannya itu.
YOU ARE READING
𝐒𝐘𝐄𝐃 𝐀𝐄𝐃𝐄𝐍 𝐅𝐀𝐘𝐘𝐀𝐃𝐇 [C]
Lãng mạnSYED AEDEN FAYYADH & SOPHEA NADINE "Siapa saya pada awak sebenarnya? Apa salah saya?" "kau bukan sesiapa dalam hidup aku, Sophea." Sophea Nadine, Dia hanya seorang remaja biasa yang sering ditimpa dugaan yang tidak putus-putus datang tanpa dijemput...