PETANG itu, spa Dahlia Arissa didatangi oleh Syahfina dan Bella. Sejak ditimpa kemalangan tempoh hari, Syahfina sudah pun menunjukkan perubahan yang positif dalam hidupnya. Dia mula rapat dengan Bella. Begitu juga dengan Dahlia Arissa.
"Ramainya customer," tegur Bella ketika mereka melalui ruangan menunggu itu.
Dahlia Arissa hanya tersenyum. Sesekali dia disapa oleh beberapa orang pelanggan tetapnya di situ. Bella dan Syahfina yang berada di belakang Dahlia Arissa turut lebar dengan senyuman.
"Kenapa tak cakap nak datang? Nasib baik Lia ada kat sini," tanya Dahlia Arissa kepada Syahfina dan Bella.
"Saja nak bagi surprised yang tak berapa nak menjadi ni," seloroh Syahfina sambil membetulkan tudung di kepalanya.
Dahlia Arissa masih lagi menguntum senyum. Mata Bella sudah menerawang ke seluruh ruang pejabat milik Dahlia Arissa. Cantik dan kemas. Sepadan dengan tuan empunyanya.
"Persiapan majlis awak macam mana pulak, Bella?" tanya Dahlia Arissa lalu melabuhkan punggung ke kerusi kulit yang empuk itu. Syahfina dan Bella mengambil tempat di hadapan Dahlia Arissa.
"Tunggu nak berlangsung je lagi," balas Bella sambil tersenyum malu.
Syahfina sudah pun mengangkat kening apabila Bella kelihatan malu-malu sahaja. Gembira rasa hatinya bila Amir Haikal mendapat gadis sebaik dan semulia Bella. Dia sendiri sentiasa berdoa agar jodoh bekas suaminya itu berkekalan dengan Bella. Begitu juga jodoh Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam. Cuma jodohnya sahaja diserahkan bulat-bulat pada Yang Maha Esa.
"Nanti Kak Fina follow pihak lelaki ke pihak perempuan?" Kali ini soalan Dahlia Arissa ditujukan kepada Syahfina. Syahfina mengerutkan dahi, tanda sedang berfikir.
"Rasanya lebih manis kalau akak ikut pihak lelaki. Lagipun, mummy ajak akak ikut pihak lelaki. Takkan nak menolak pulak." Lembut tutur kata yang terkeluar daripada mulut Syahfina. Dahlia Arissa dan Bella hanya mengangguk.
"Kejap tau, Lia nak ambik air dekat pantry kejap. Tak best pulak sembang macam ni tapi tak ada air, kan?" kata Dahlia Arissa lantas terus berlalu.
Bila sahaja Dahlia Arissa membuka peti ais, baru dia tersedar bahawa stok minuman yang sememangnya sentiasa ada selama ini telah pun habis. Ingin menyuruh stafnya ke kedai yang berhampiran, masing-masing sedang sibuk melayan pelanggan. Mahu tak mahu, dia sendiri harus keluar membeli.
Pada saat ingin menghampiri kios kedai serbaneka dua puluh empat jam itu, Dahlia Arissa terpaku pada dua susuk tubuh manusia yang sedang berjalan keluar dari 7-Eleven itu. Niatnya terbantut untuk membeli air di 7-Eleven setelah melihat Damia dan Khalil Asyraf jalan beriringan menuju ke kereta.
Kenapa Damia kelihatan rapat sangat dengan Abang Khalil? Atau Abang Khalil tu doktor panel Damia? Eh, tak mungkin! Dahlia Arissa mula bersoal jawab di dalam hati. Tanpa sedar langkahnya sudah sampai ke pintu utama spa. Dia terus ke pejabat untuk mendapatkan Syahfina dan Bella.
"Err... air kat pantry tak ada pulak. So, apa kata kita keluar minum kejap?" cadang Dahlia Arissa.
Syahfina dan Bella hanya menurut. Lagipun lebih santai rasanya bersembang di luar berbanding di dalam pejabat Dahlia Arissa. Sekali lagi mereka bertiga beriringan keluar dari spa itu.
"SAYANG keluar berdua je ke?" tanya Tengku Syed Adam di hujung talian.
"Haah, keluar berdua. Makan dekat kedai mamak area spa Lia je," beritahu Dahlia Arissa. Sebentar tadi Amir Haikal datang bertemu dengannya di spa lalu mengajaknya makan tengah hari bersama. Sebelum bersetuju, dia meminta kebenaran daripada suaminya dulu.
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
General Fiction~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...