TIDAK terlayan Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam mendengar celoteh kedua-dua orang anak bujang mereka itu. Masing-masing hendak bercerita tentang percutian di Melaka selama empat hari tiga malam itu.
"Bestkan abang, kita naik Menara Taming Sari tu?" kata Tengku Syed Waiz kepada Tengku Syed Muiz sambil membuka bungkusan dodol yang dibelinya di Melaka.
"Haah. Best sangat-sangat sebab menara tu lebih seksi daripada Menara Kuala Lumpur," jawab Tengku Syed Muiz sambil ketawa.
Dahlia Arissa sudah pun terlopong mendengar kata-kata anaknya itu.
"Kecik-kecik dah tahu perkataan seksi, ya. Siapa yang ajar ni?" Dahlia Arissa buat-buat marah.
Tengku Syed Adam sudah pun ketawa terbahak-bahak bila anaknya itu menunjuk ke arah Tengku Syed Idris yang baru turun ke ruang tamu itu.
"Tok abah yang cakap," sampuk Tengku Syed Waiz pula.
"Kenapa nama tok abah ada kaitan sama ni?" tanya Tengku Syed Idris kepada kedua-dua orang cucunya itu.
"Pasal Menara Taming Sari lebih seksi daripada Menara KL, bah," Tengku Syed Adam pula menjawab sambil menyambung kembali tawanya. Wajah Tengku Syed Muiz dan Tengku Syed Waiz yang selamba itu amat menggelikan hatinya.
Tengku Syed Idris sudah pun tersengih. Memang dia ada cakap macam tu pada cucu-cucunya, tetapi tidak sangka pula mereka berdua masih ingat.
"Sebab itu ibu bising dekat abah kamu ni. Ada pulak cakap macam tu dekat budak-budak. Entah apa-apalah..." Tengku Najihah pula mencelah.
Sejak cucunya makin bertambah, dia dengan suaminya lebih banyak menghabiskan hari-hari tua mereka dengan membawa Tengku Syed Muiz dan Tengku Syed Waiz bercuti. Kadang-kadang anak Maisarah dan Daniel Amriza turut dibawa bersama.
"Jadi ke kamu berdua nak pergi umrah?" Tengku Syed Idris mengubah tajuk perbualan.
"Jadi bah, tapi bukan kami berdua je... Abang Amri, Mai, Abang Amir, Bella, Kak Fina dengan suami dia, Qirah dan suami dia pun akan pergi sekali. Cuma kena pergi lepas Lia bersalin nantilah..." Dahlia Arissa menjawab. Lepas kelahiran Tengku Syed Waiz dulu dia sudah oun pergi bersama suaminya, dan kali ini dia akan pergi pula bersama mereka yang turut rapat dengannya.
Abangnya, Daniel Amriza dan Maisarah sudah pun bahagia dengan dua orang anak mereka iaitu Qaisarah dan Qairil. Amir Haikal dan Bella pula sudah punya sepasang anak kembar, Putra Harris dan Putri Izzah. Nama anak Amir Haikal dan Bella itu diambil daripada novel dan filem popular 'Ombak Rindu.' Syahfina pula berbahagia dengan keluarganya. Dan dua orang kawan baik Dahlia Arissa, iaitu Qirah dan Kate juga sudah berumah tangga. Hanya Puteri yang selesa hidup sendiri bersama anak-anak, tetapi dia tetap bahagia dengan kehidupannya kini. Manakala Khalil Asyraf masih di penjara.
"Eloklah tu, bulan haji nanti turn kami-kami ni pulak yang akan pergi ke Tanah Suci. Insya-Allah..." balas Tengku Syed Idris mengejutkan lamunan Dahlia Arissa.
Dia akan menunaikan haji bersama isterinya yang turut disertai oleh Tan Sri Mokhtar, Dato' Kamal, Dato' Mukhriz serta isterinya, Datin Melur.
"Habis tu, Muiz dengan Waiz macam mana?" celah anak kecil itu pula.
Semua mata terhala pada Tengku Syed Muiz yang sudah pun menopang dagu di hujung sofa. Tengku Syed Waiz juga cepat-cepat menopang dagu di sebelah abangnya. Dia memang suka mengikut setiap perbuatan abangnya itu.
"Muiz dengan Waizkan nak ikut Qaisarah pergi Genting minggu depan," pujuk Dahlia Arissa.
Terus bercahaya mata kedua-dua anaknya itu bila mendengar mama mereka menyebut tentang taman tema itu. Pantas Dahlia Arissa diterpa lalu menghadiahkan ciuman terima kasih di pipi mama mereka itu.
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
Ficção Geral~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...