bab 31

467 23 0
                                    

AMIR HAIKAL menyandarkan tubuhnya di sofa selepas menghantar kedua-dua ibu bapanya ke airport untuk pulang semula ke London. Bibik yang sudah mula bertugas itu menghantar minuman kepada Amir Haikal.

"Mana yang lain, bik?" Tanya Amir Haikal. Matanya liar mencari kelibat penghuni lain yang ada di dalam rumah itu.

"Tan Sri sama itu Puan Sri ngak balik lagi dari kenduri. Adam ada kok di ruang tamu atas, Amri bibik ngak tau sih di mana, tapi itu Maisarahnya ada di dapur..." Beritahu bibik.

Amir Haikal mengeluh berat. Nama Dahlia Arissa tidak disebut oleh bibik. Bibik ni macam tak faham-faham pulak! Rungutnya dalam hati.

"Abang!!!" Jerit Dahlia Arissa dari belakang rumah dengan nada yang cukup mencemaskan.

Amir Haikal tergamam, lantas dia bergegas mencari arah suara Dahlia Arissa. Dalam masa yang sama Tengku Syed Adam berlari menuruni anak tangga apabila mendengar jeritan isterinya. Daniel Amriza yang sedang leka membasuh keretanya turut menuju ke arah yang sama. Tanpa diduga ketiga-tiga mereka sampai serentak dihadapan stor tempat suara Dahlia Arissa bergema.

Dahlia Arissa yang ketakutan itu pantas menerpa Tengku Syed Adam. Tubuh lelaki itu dipeluk erat. Amir Haikal panar. Sesungguhnya dia lupa yang Dahlia Arissa sudah mempunyai 'abang' yang lebih istimewa.

Daniel Amriza menepuk-nepuk bahu Amir Haikal. Mengerti perubahan wajah sepupunya.

"Lia okey?" Soal Daniel Amriza apabila melihat wajah pucat adiknya. Dagu adiknya didongakkan perlahan.

Dahlia Arissa menggelengkan kepala. Tengku Syed Adam mengusap lembut belakang isterinya. Cuba memberi ketenangan. Terasa sejuk sahaja tubuh isterinya itu.

"Dalam stor tu... Dalam tu... Ada..." Kata-kata Dahlia Arissa tersekat.

"Ada apa?" Tanya Amir Haikal laju.

"Dalam tu... Ada ular," jawab Dahlia Arissa.

Maisarah dan bibik sudah pun berdiri disebelah Dahlia Arissa. Bibik pantas menginjak ke belakang sedikit. Ngeri pula bila dia mengingatkan kembali yang dirinya selalu keluar masuk stor itu.

"Macam mana pulak ular boleh masuk stor ni? Kawasan rumah ni mana ada semak samun pun." Daniel Amriza mula menapak menuju pintu stor yang sudah terbuka. Amir Haikal mengekori dari belakang. Seperti yang diberitahu Dahlia Arissa, ular sebesar lengan itu sedang menyusur menuju ke arah mereka. Dengan pantas Daniel Amriza menolak daun pintu. Lubang yang ada di tepi stor itu turut ditutup dengan kayu yang tersandar di dinding stor tersebut.

"Bro, kau telefon JPA. Mintak dia orang tangkap ular ni. Kalau kau nak harapkan aku, beranak-pinaklah ular tu dekat dalam ni," pinta Daniel Amriza.

Amir Haikal segera masuk ke dalam rumah. Maisarah segera menghampiri suaminya.

"Mai rasalah kan, ular ni datang dari rumah sebelah lah. Kan keluarga Encik Nordin dah pindah ke Sabah. Kawasan rumah dia pun dah tak terjaga. Semak-samun sana sini," beritahu Maisarah. Mereka yang berada di situ meninjau di kawasan rumah Encik Nordin yang dimaksudkan oleh Maisarah. Memang benar, rumah banglo dua tingkat itu sudah dipenuhi semak-samun.

"Mungkin jugak. Nanti abang mintak papa call Encik Nordin. Sekurang-kurangnya mintak dia upah orang untuk bersihkan kawasan rumah dia tu," jawab Daniel Amriza lalu memaut bahu Maisarah.

"Adam, kau bawak Lia masuk dulu," sambung Daniel Amriza lagi.

Tengku Syed Adam mengangguk.

Bibik turun masuk ke dalam, dia juga tidak ingin bersua muka dengan ular itu.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now