SEMUA yang ada di situ menunggu jawapan Dahlia Arissa. Daniel Amriza antara insan yang paling ingin mengetahui apa yang sebenarnya terjadi kepada adiknya itu.
"Lia terjatuh masa nak turun dari katil," dalih Dahlia Arissa sambil tersenyum kelat. Cuba menyembunyikan cerita yang sebenar. Dia tidak mahu suasana menjadi keruh.
"Kau kat mana masa tu, Mir?" Tanya Daniel Amriza sedikit serius. Timbul rasa penyesalan meninggalkan Dahlia Arissa dengan sepupunya itu.
"Err... Aku..."
"Abang Amir masih dekat surau masa tu. Tapi nasib baik masa Lia jatuh Abang Amir kebetulan sampai. Dia jugak tolong panggilkan doktor," bohong Dahlia Arissa. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu tentang peristiwa semalam.
"Lain kali you kena hati-hati sikit." Tengku Syed Adam pula mencelah. Yang lain turut mengangguk.
"Okey. Apa-apapun, sorry sebab buatkan semua orang risau. Tapi sekurang-kurangnya, Lia tahu yang ramai orang sayangkan Lia," selorohnya sambil tergelak.
Puan Sri Melati mencubit pipi anaknya itu. Yang lain hanya tersenyum. Senang melihat Dahlia Arissa semakin sihat.
SEJAK peristiwa di hospital tempoh hari, hubungan Dahlia Arissa dengan Amir Haikal menjadi sedikit dingin. Dahlia Arissa menguruskan semula spa setelah sihat sepenuhnya. Puan Sri Melati dan Maisarah pula sibuk menguruskan majlis perkahwinan yang akan berlangsung tidak lama lagi.
"Dahlia, abang nak cakap sikit," sapa Amir Haikal ketika melihat Dahlia Arissa sedang melayan kucing kesayangannya itu.
"Apa dia?" Tanya Dahlia Arissa. Acuh tak acuh.
Amir Haikal menarik nafas dalam-dalam. Dia perlu bercakap dengan Dahlia Arissa. Sejak akhir-akhir ini, jelas menunjukkan Dahlia Arissa melarikan diri daripadanya. Sehinggakan mereka berdua pernah tidak bercakap dalam masa satu minggu.
"Abang tengok Lia macam nak larikan diri daripada abang je? Abang ada buat salah dekat Lia ke?" Tanya Amir Haikal. Meluahkan segala persoalan yang bermain di fikirannya. Dahlia Arissa membiarkan kucingnya berjalan meninggalkan mereka berdua. Kali ini dia memandang Amir Haikal, namun sepintas cuma.
"Abang, Dahlia rasa kita tak patut rapat sangat. Abang tu tunang orang. Lia tak nak nanti Kak Fina salah anggap lagi. Dahlia tak nak disebabkan Lia, hubungan abang dengan dia makin dingin. Abang kan dah nak kahwin," luah Dahlia Arissa. Dia sememangnya sudah bertekad tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan yang terjalin antara Amir Haikal dengan Syahfina.
"Abang tak pernah anggap Lia punca hubungan abang dengan Fina jadi macam ni. Lagipun, Lia tak tau apa sebenarnya yang berlaku. Fina just jadikan Lia sebagai excuse dia," Amir Haikal menjawab. Tidak mahu Dahlia Arissa berkecil hati dengan apa yang telah terjadi.
"Abang memang tak anggap Dahlia macam tu, tapi Kak Fina? Kalau Lia dekat tempat dia, Lia pun mesti buat perkara yang sama. Maybe lagi teruk daripada tu. Dahlia tak nak dikatakan perosak hubungan orang lain. Lia just harap, abang faham situasi Lia."
"Abang tak faham! Dan tak akan faham. Untuk pengetahuan Lia, abang tak pernah cintakan dia."
Dahlia Arissa panar. Pantas dia menatap dalam-dalam wajah abang sepupunya itu seolah-olah mencari kebenaran.
"Dahlah abang, jangan buat benda ni jadi lagi complicated. Kalau abang tak cintakan dia, abang tak akan bertunang dengan dia. Abang tak akan sampai nak berkahwin dengan dia," balas Dahlia Arissa sebelum mengatur langkah menuju ke dapur.
"Dahlia! Dengar dulu apa abang nak kata ni" Pinta Amir Haikal sambil mengikut langkah Dahlia Arissa ke dapur. Maisarah dan bibik tidak kelihatan di sana. Mungkin masih di tingkat atas membantu Puan Sri Melati membuat bunga telur.
"Abang berhutang nyawa dengan Fina."
Kata-kata Amir Haikal berjaya menarik minat Dahlia Arissa. Tangannya yang baru sahaja hendak membuka peti sejuk terhenti tiba-tiba. Dia berpaling memandang Amir Haikal.
"Maksud abang?"
"Abang pernah hampir lemas masa mandi dekat PD dulu. Kebetulan waktu tu Fina mandi dekat kawasan berhampiran and dialah yang selamatkan abang. Kalau tak mungkin yang tinggal sekarang ni batu nisan abang je kut." Cerita Amir Haikal sambil duduk di kerusi.
Dahlia Arissa menelan air liur. Rupa-rupanya ada cerita disebalik hubungan Amir Haikal dan Syahfina.
"Sejak tu, abang berkawan dengan dia. Tapi abang tak sangka yang dia jatuh cinta dekat abang. Keluarga dia pun asyik mendesak kita orang untuk bertunang. Abang pernah cakap baik-baik dekat Fina, abang cakap abang tak ada perasaan apa-apa pun dekat dia tapi dia mula ungkit pasal kejadian tu. Abang serba salah. Abang tersepit dengan perasaan abang sendiri. Tapi lastly, abang agree untuk bertunang dengan dia. Abang ingat lepas tunang, abang boleh cintakan dia tapi lain pulak jadinya." Sambung Amir Haikal lagi. Kali ini Dahlia Arissa sudah pun bersandar di tepi dinding dapur sambil berpeluk tubuh.
"Patut pun Lia tengok abang macam nak tak nak je layan dia. Siapa lagi tahu pasal benda ni?" Tanya Dahlia Arissa.
"Amri, Fina dengan Lia."
"Emm... Macam tu rupanya. Abang cubalah lagi cinta Kak Fina tu. Lagipun tak lama lagi abang dengan dia dah nak kahwin. Orang cakap bercinta lepas kahwin ni lebih manis tau," usik Dahlia Arissa sambil tergelak. Amir Haikal tiba-tiba bangkit daripada kerusi lalu merapati Dahlia Arissa. Eh, lain macam je Abang Amir ni? Bisiknya sendiri. Getaran di dada mula melantun kuat.
"Masalahnya sekarang ni abang dah jatuh cinta dekat orang lain," bisiknya perlahan. Ketika itu dia sudah pun berdiri betul-betul dihadapan Dahlia Arissa. Sehingga dia mampu mendengar degupan jantung sepupunya itu.
"Abang jatuh cinta dekat siapa pulak ni?" Tanya Dahlia Arissa sedikit gugup. Dia seolah-olah tahu jawapan yang akan keluar dari mulut Amir Haikal. Tangannya sempat menahan dada Amir Haikal daripada terus dekat dengannya.
"Abang dah jatuh cinta dekat Dahlia Arissa binti Tan Sri Mokhtar," lafaz Amir Haikal perlahan namun jelas ditelinga Dahlia Arissa. Terasa hendak pecah dada Dahlia Arissa mendengar ayat keramat yang keluar daripada mulut Amir Haikal. Mukanya terasa panas. Namun dalam masa yang sama dia teringat dekat kata-kata seperti itu daripada Tengku Syed Adam. Argh! Kenapa dalam saat-saat macam ni pun aku masih ingat dekat lelaki tu?
"Kenapa diam je ni?" Tanya Amir Haikal apabila Dahlia Arissa membatukan diri. Pipi Dahlia Arissa dielus lembut.
"Lia, Tolong mama kejap!" Laung Puan Sri Melati dari tingkat atas.
Saat itu Dahlia Arissa baru tersedar daripada mimpi yang panjang. Pantas dia menolak lembut tubuh Amir Haikal sebelum berlari meniti anak tangga ke tingkat atas. Pipinya di sentuh perlahan. Dadanya yang berlari laju turut dirasa dengan tapak tangan. Tetapi, kenapa perasaan ini tidak sama macam yang dia pernah lalui dengan Tengku Syed Adam dulu? Kenapa getarannya tidak sehebat masa dia jatuh cinta dengan Tengku Syed Adam? Dan yang paling pelik, kenapa dia sering teringat akan bekas kekasihnya itu? Dahlia Arissa sendiri sudah pening memikirkan pergolakan hati dan perasaannya. Tetapi Tengku Syed Adamlah yang paling mudah masuk ke ruang ingatannya. Tengku Kayu tu lagi! Keluh Dahlia Arissa sebelum melabuhkan punggung di sebelah Maisarah.
VOTE...
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
Ficción General~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...