bab 43

382 19 0
                                    

BARU seminggu Dahlia Arissa dan Tengku Syed Adam duduk di rumah keluarga Tengku Syed Adam, tetapi bagi Puan Sri Melati lamanya bagai bertahun. Walaupun jarak rumah mereka tidaklah jauh mana, tetapi dia tidak mahu menggangu masa Dahlia Arissa bersama keluarga mertuanya. Jadi, kepulangan Dahlia Arissa disambut gembira oleh wanita yang masih kelihatan sihat dan anggun itu.

"Mama, I really miss you!"

"I miss you too, sayang. Seminggu Dahlia tak ada rasanya macam setahun. Teringat mama masa Lia study kat Europe dulu," luah Puan Sri Melati. Suaminya tidak ada di rumah kerana menghadiri satu majlis makan malam amal anjuran syarikat Dato' Kamal.

"Tapi masa dia study dulu lagi lama dia tak balik ma," celah Tengku Syed Adam yang mengekori langkah dua beranak itu dari belakang untuk menuju ke dalam rumah.

"Masa tu orang tengah mogok, Adam. Mana nak baliknya," usik Puan Sri Melati.

Dahlia Arissa sudah menjeling tajam suaminya. Orang mogok pun sebab dialah, ma! Rungutnya dalam hati.

Melihat wajah Dahlia Arissa sudah masam mencuka, Tengku Syed Adam lantas melayangkan flying kiss kepada isterinya itu. Betul-betul dihadapan mak mertuanya. Wajah Dahlia Arissa berona merah apabila mamanya sudah berdehem. Tengku Syed Adam sudah mengekek ketawa. Geli hati melihat perubahan pada wajah isterinya itu. Bibik pula terkocoh-kocoh membawa air.

"Mama ingat, mama nak ambik maid lagi soranglah. Kesian pulak mama tengok bibik tu. Lagipun tak lama lagi kamu dah ada baby. Lagi banyak kerja nak buat dekat rumah ni. Kalau ada sorang lagi maid, ringan sikit kerja bibik," cadang Puan Sri Melati.

"Kita orang pun memang plan nak ambik maid baru jugak untuk mama. Dahlia pun dah bincang dengan ibu Adam. Ibu cakap dia ada orang nak jadi pembantu rumah. Sepupu Kak Wani," jawab Dahlia Arissa pula.

"Kak Wani yang jadi pembantu rumah kamu tu, Adam?" tanya Puan Sri Melati. Tengku Syed Adam yang sedang membalas SMS Daniel Amriza segera mengangguk.

"Haah, ma. Kak Wani cakap sepupu dia memang pernah jadi maid sebelum ni, tapi majikan dia dah nak balik Kelantan so dia terpaksalah berhenti." Dahlia Arissa menjawab bagi pihak suaminya.

Puan Sri Melati mengangguk.

"Ni, Abang Amri ada mesej. Dia cakap nak datang sini esok," beritahu Tengku Syed Adam.

Dahlia Arissa dan mamanya hanya mengangguk. Sejak berkawan baik dengan adik ipar dia yang sorang ini, langsung Abang Amri tak mesej aku. Sabar jelah! omel Dahlia Arissa di dalam hati.

"Mama tak sabar sangat nak tengok anak kamu berdua ni. Mesti comel macam Sarah, kan?" kata Puan Sri Melati sambil tersenyum.

Dahlia Arissa yang sedari tadi duduk di sebelah suaminya terus bangkit menuju ke sebelah mamanya pula. Lantas kepala dilentokkan ke bahu mamanya. Terasa lama benar dia tidak bermanja dengan mamanya itu.

Tengku Syed Adam tersenyum melihat telatah mereka dua beranak. Tanpa menunggu lama, dia naik ke tingkat atas. Membiarkan ibu mertuanya melampiaskan kerinduan pada Dahlia Arissa.

"Kalau satu hari nanti mama dah tak ada, Dahlia kena jaga papa untuk mama tau. Lia kena pastikan makan minum papa terjaga. Sentiasa ingatkan jadual medical check up papa..."

"Wait!"

Dahlia Arissa yang tadi terlentok di bahu mamanya kini sudah pun duduk tegak menghadap mamanya.

"Macam pelik je bunyi mama ni. Mama ada sembunyikan something dari Lia, eh?"

Puan Sri Melati sudah pun tergelak. Jauh betul fikiran anaknya itu. Tangan Dahlia Arissa diusap lembut.

C | BAD LIAR [✔] + COMPLETEDWhere stories live. Discover now