PERSIAPAN untuk perkahwinan dua pasangan itu berjalan dengan lancar. Daniel Amriza sudah pun menyerahkan syarikatnya kepada teman baiknya, Kaz untuk diuruskan di sana. Manakala dia lebih senang menguruskan syarikat papanya yang semakin berkembang maju itu.
"Uncle Idris ada cakap dekat papa pasal Lia. Dia orang nak merisik Lia untuk Adam," beritahu Tan Sri Mokhtar sewaktu mereka makan malam.
Dahlia Arissa yang sedang menjamu selera terus terbatuk, sementara dada Amir Haikal sudah berdegup kencang. Walaupun dia akan berkahwin dengan Syahfina, tetapi dia masih tidak dapat menerima hakikat yang Dahlia Arissa akan dimiliki oleh lelaki lain selain dirinya.
"Biarlah dia makan dulu, bang. Lepas makan ni kita bincang sama-sama dekat depan," tegur Puan Sri Melati. Dia tidak suka suaminya itu mematikan selera Dahlia Arissa.
"Lagipun, kes mahkamah yang pasal tangkap khalwat tu dah settle," sambung Tan Sri Mokhtar lagi, tidak mempedulikan teguran isterinya. Dia memang teringin melihat Dahlia Arissa naik pelamin secepat mungkin.
"Papa ni macam beria je nak bermenantukan Adam tu," usik Daniel Amriza. Sengaja menduga gelora di dalam hati adiknya itu. Dia tahu Dahlia Arissa masih menyimpan perasaan pada Tengku Syed Adam, cuma masih keliru dengan perasaanya sendiri. Tambahan dengan kehadiran Amir Haikal yang turut cuba meraih perhatian Dahlia Arissa membuatkan adiknya itu dihimpit oleh perasaan tidak pasti dengan hati sendiri.
"Dahla, makan dulu." Tegur Puan Sri Melati lagi.
Namun teguran itu sudah pun membuatkan Dahlia Arissa membasuh tangannya. Nasinya ditinggalkan begitu sahaja. Langkah sudah diatur menuju ke tingkat atas.
"Tulah abang, suka sangat nak discuss pasal benda ni time dia makan. Tengok sekarang ni apa dah jadi? Tak pasal-pasal nasi dalam pinggan dia tak terluak pun. Dahlah, abang makan je... Saya nak naik atas," marah Puan sri Melati.
Tan Sri Mokhtar dan Daniel Amriza berpandangan sesama sendiri. Ternyata mereka berdua salah masa dan tempat dalam membuat perhitungan.
"Sayang, janganlah macam ni. Mama tak suka anak-anak mama tak habiskan makanan tau! Itukan rezeki yang Allah dah bagi, tapi kita nak membazir pulak. Kalau ya pun nak merajuk, habiskan lah dulu makanan dalam pinggan tu," pujuk Puan Sri Melati apabila melihat Dahlia Arissa sudah pun berdiri di tingkap biliknya. Pandangannya dilontar jauh keluar jendela biliknya.
"Papa dengan Abang Amri pun boleh tunggu sampai Lia habis makan dulu baru cakap pasal benda tu, kan?"
"Ermm, mama pun tak sangka papa akan bincang pasal benda tu masa makan tadi."
"Ma, Lia tau Adam tu baik. Lia pun banyak dengar yang dia kena perangkap masa kes tangkap khalwat dulu tu, tapi tu tak bermakna Dahlia dah lupa setiap apa yang dah terjadi."
Puan Sri Melati menarik nafas panjang. Sebenarnya dia juga sudah berbincang dengan Tengku Najihah berkenaan perkara itu. Cuma dia tidak akan memaksa anak bongsunya itu dalam membuat keputusan. Biarlah Dahlia Arissa memilih pasangan hidupnya sendiri.
"Papa minta maaf kalau Dahlia tak suka cara papa tadi," tiba-tiba Tan Sri Mokhtar muncul bersama Daniel Amriza.
"Abang pun," kata Daniel Amriza pula.
Dahlia Arissa menoleh lalu duduk di birai katilnya, di sebelah mamanya. Mukanya masih lagi kelat.
"Kalau Lia tak ready lagi, papa tak akan paksa. Papa just nak sampaikan hajat dia orang, sebab tu papa nak bincang dengan Lia. Kalau Lia tak setuju, papa boleh cakapkan dekat dia orang." Tan Sri Mokhtar pula memujuk.
Daniel Amriza pula leka memerhati gambar adiknya yang tergantung cantik di dinding.
"Bagi Lia masa, pa. Lagipun majlis Abang Amri dengan Abang Amir tak lama lagi. Baik kita settlekan hal tu dulu. Lepas habis majlis nanti, baru Lia cadang nak bagi jawapan," jawab Dahlia Arissa sambil memeluk bantal. Yang lain sekadar menganggukkan kepala, berpuas hati dengan jawapan gadis itu.
MAJLIS perkahwinan antara Daniel Amriza dengan Maisarah serta Amir Haikal dengan Syahfina berjalan dengan lancar dan gilang-gemilang. Majlis yang berkonsepkan tradisional itu amat menarik perhatian setiap tetamu yang datang. Dahlia Arissa yang hanya berbaju kurung moden berwarna merah jambu kelihatan ayu sekali. Tambahan rambutnya disanggul rapi itu dihias rapi dengan sekuntum bunga ros segar berwarna putih menyerlahkan lagi seri di wajahnya.
"Aku tengok kau pulak yang macam pengantin hari ni," bisik Kate ketika mereka berdua menjamu selera.
"Bakal pengantin sesuai sikit daripada macam pengantin," jawab Dahlia Arissa pula.
Kate sudahpun tergelak. Qirah yang baru sahaja sampai segera menghampiri dua teman baiknya itu.
"Sorry lambat. Tadi aku pergi kenduri rumah sepupu aku kejap," beritahunya lalu duduk disebelah Kate.
"Tak sangka wei, Mai dah jadi kakak ipar kau dah sekarang..." Sambung Qirah lagi sambil memandang kearah pelamin.
"Nasib baik bukan aku yang jadi kakak ipar kau," sambut Kate pula. Terkekek-kekek gadis berbangsa Cina-Jerman itu ketawa. Geli hati dengan kata-katanya sendiri.
"Jangan nak mengada-ngada. Tu tunang kau si Joe tu kau nak letak dekat celah mana?" Laju sahaja Dahlia Arissa menjawab sambil menjuihkan bibir kepada Joe yang sedang bersembang dengan kekasih Qirah, Asyraf.
"Lupa pulak aku dah ada tunang ya," seloroh Kate.
"Handsome jugak Amir tu,kan? Kenapalah aku tak kenal dia dulu sebelum aku kenal Asyraf," gurau Qirah.
Wajah Dahlia Arissa serta-merta berubah. Matanya sekilas memandang Amir Haikal yang kelihatan tampan di pelamin nan indah itu.
"Jangan nak mengada-ngada, Cik Qirah. Awak tu kan tak lama lagi kan dah nak bertunang. Lepastu nak kahwin," tegur Kate. Sengaja mengingatkan perancangan masa depan temannya itu.
"Wei, aku gurau jelah! Yang kau tiba-tiba senyap ni, kenapa?" Kate menegur Dahlia Arissa.
"Tak ada apa. Cuma hari ni dua-dua lelaki yang ada dekat atas pelamin tu orang yang paling aku sayang. Lepas ni Abang Amri duduk dekat rumah sendiri, Abang Amir pun macam tu. Sedih pulak aku bila mengenangkan dia orang dah tak duduk dengan kita orang lagi," jawab Dahlia Arissa.
"Dah nama pun dah kahwin wei, mestilah nak duduk rumah sendiri. Nak berdikari..." Qirah pula mencelah. Kalau dia pun, pasti akan duduk rumah sendiri. Tidak sanggup rasanya untuk duduk di rumah mertua walaupun keluarga Asyraf kelihatan baik-baik belaka.
Ketiga-tiga gadis itu semakin rancak bersembang disulami usik-mengusik dan gelak ketawa tanpa mempedulikan majlis yang sedang berlangsung dengan meriah.
Vote story shaa pls... Shaa tak mintak banyak pun untuk readers shaa :((
YOU ARE READING
C | BAD LIAR [✔] + COMPLETED
Ficción General~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~ ∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶∆¶ Penipuan, perayuan, keinginan... Semua menjadi satu. "Yes, Memang abang rindu Lia. Rindu sangat" ujar Amir Haikal. "You make's problem, such a bad liar. I hate you" "Aku tengok kau bukan...